BTC USD 61,295.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Terima SMS klip video seksual

eapui

Active+ Member
Messages
4,827
Joined
Dec 28, 2007
Messages
4,827
Reaction score
7
Points
25
GEORGETOWN: “Dulu dapat SMS untuk menipu kita kononnya kita menang cabutan bertuah dan sebagainya tetapi kini mereka menawarkan video klip seksual pula,” kata kakitangan kerajaan, Fahazan Zaini, 42.

Fahazan, antara ribuan pengguna telefon bimbit yang berada dalam dilema berikutan menerima SMS tidak senonoh dan berunsur penipuan hampir setiap hari.

“Bukan hanya saya seorang saja, malah ramai rakan saya juga menerima SMS hampir sama yang jelas didalangi sindiket tertentu yang ingin mencari mangsa untuk ditipu,” katanya.

SMS terbaru diterimanya kononnya daripada sebuah syarikat minyak gergasi antarabangsa dari luar negara yang menawarkan wang RM15,000 kononnya kad simnya terpilih dalam cabutan bertuah.


Selain itu, dia juga menerima SMS yang menawarkan muat turun video kilp seksual.

“Kalau SMS syarikat minyak dan stesen televisyen berbayar memang dari dulu ramai daripada kita terima tetapi sebelum ini mereka menggunakan nombor telefon tetap yang berkodkan negara jiran.

“Yang menghairankan ialah di dalam SMS terbaru ini, sindiket terbabit meminta kita menghubungi nombor telefon bimbit tempatan dan bukannya talian tetap negara jiran lagi.

“Bagaimanapun, saya tidak ‘termakan’ dengan helah terbaru ini kerana kita sudah sekian lama diberi amaran mengenai taktik kumpulan penipu ini,” katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, semalam.

Namun, Fahazan berkata, penghantaran SMS menawarkan klip video dan laman web lucah tertentu sekarang adalah keterlaluan terutama bagi mereka yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak.

“Bayangkan anak saya bersekolah menengah dan sering membuka telefon bimbit saya untuk bermain ‘game’ dan kalau dia terbuka SMS dan membaca SMS berkenaan pasti dia mempunyai anggapan serong terhadap saya,” katanya.
 
akupun selalu dapat...kalu difikirkan, saperla yang senang2 nak bagi org lain duit..kan???...kihkihkihkih
 
mcm macm skrg....rosak2
 
teknik syrikat telekomunikasi jge.... beri ruang pd individu wt spam SMS pstu sediakan perkhidmatan utk block spam SMS... berbayar plk tu...

saje jer..
 
Back
Top
Log in Register