BTC USD 64,283.2 Gold USD 4,481.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Terima kasih semua penderma...'

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Kasih sayang Mariyam terhadap Abdul Hadi tidak pernah pudar walaupun terpaksa mengorbankan segalanya untuk menjaga anak kelimanya itu.
< 1 / 2 >
TANJUNG PIANDANG - “Terima kasih diucapkan kepada semua penderma dan rakyat Malaysia prihatin di atas segalanya.”

Hanya perkataan syukur dan berterima kasih yang mampu diucapkan oleh Mariyam Long,49,ibu kepada, Abdul Hadi Abdul Halim,19, yang kehilangan tempurung kepala setelah terlibat dalam kemalangan motosikal ngeri di Sungai Nyior, Pulau Pinang, 5 Disember tahun lalu.

Mariyam berkata, sejak kisah penderitaan Abdul Hadi disiarkan media tempatan minggu lalu, pihaknya menerima panggilan bertalu-talu daripada ramai orang dari seluruh negara bertanyakan mengenai keadaan anak kelimanya itu.

Menurutnya, kebanyakan pemanggil itu menyatakan mereka turut mempunyai anak atau ahli keluarga yang senasib dengan Abdul Hadi dan menyuarakan perasaan faham terhadap beban ditanggungnya.

“Selain itu, Abdul Hadi turut dikunjungi sepasang suami isteri dari Sungai Buloh, Selangor yang memaklumkan mereka pernah mempunyai anak yang senasib dengan Abdul Hadi dan kini sudah meninggal dunia lima tahun dahulu.

“Pasangan yang singgah ke rumah saya itu turut menangis sebaik menatap wajah Abdul Hadi dan memaklumkan kami sekeluarga wajah arwah anaknya dan Abdul Hadi saling tidak tumpah,” katanya kjetika ditemui di rumahnya di Kampung Kedai Empat, di sini.

Mariyam berkata, pasangan itu turut menunjukkan gambar arwah anak lelakinya yang disimpan di dalam telefon pintar dan setelah diamati wajah arwah, sememangnya wajah Abdul Hadi dengan anak pasangan itu hampir sama.

Menurutnya, pasangan itu memaklumkan arwah anaknya turut mengalami kemalangan ngeri melibatkan motosikal dan hanya sempat menjaganya selama enam bulan sebelum arwah meninggal dunia.

“Kisah sedih yang disampaikan pasangan itu benar-benar memberi keinsafan dan semangat kepada saya bahawa kami lebih beruntung kerana masih mampu menatap wajah Abdul Hadi sehingga kini.

“Selain itu, saya turut menimba ilmu pengetahuan baru mengenai kaedah lebih baik untuk mengasuh Abdul Hadi melalui pengalaman disampaikan pasangan suami isteri itu,” katanya.

Selain itu, Mariyam turut mendedahkan dia dihubungi seorang wanita yang mendakwa suaminya turut mengalami masalah sama dengan Abdul Hadi.

“Wanita dari Selangor itu menceritakan suaminya kini terlantar di rumah sejak tiga bulan akibat kemalangan dan dia kini buntu memikirkan cara terbaik untuk menjaga suami dan keluarga pada masa sama.

“Memahami perasaan wanita itu, saya memberikan tunjuk ajar mengenai cara terbaik untuk menjaga keadaan suaminya dan pada masa sama tidak mengabaikan keperluan keluarga,” katanya.

Mariyam berkata, dia juga berterima kasih kepada penderma-penderma misteri yang menyalurkan sumbangan secara terus ke dalam akaun peribadinya.

“Saya terkejut setelah mendapati jumlah wang di dalam akaun saya mencecah RM3,000 dalam tempoh seminggu selepas kisah Abdul Hadi disiarkan media.

“Saya bersyukur kerana rakyat Malaysia benar-benar prihatin dengan keadaan Abdul Hadi dan hanya Allah SWT mampu membalas budi baik ditaburkan anda semua,” katanya.

Mariyam berkata, kesemua wang diterima itu akan digunakannya semata-mata untuk memenuhi keperluan Abdul Hadi.

“Sebelum ini, saya pernah merancang untuk membeli sebuah pendingin hawa untuk keselesaan Abdul Hadi yang tidak boleh terdedah dengan persekitaran berhabuk dan kotor.

“Kini, saya berharap mampu membeli sebuah unit demi keperluan Abdul Hadi pada masa hadapan,”
katanya.

Mariyam turut berharap dia mampu mengumpulkan dana untuk membeli sebuah katil yang boleh diselaraskan untuk memudahkan urusan penjagaan Abdul Hadi pada masa hadapan.



SUMBER:http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/terima-kasih-semua-penderma-1.234277
 
Alhamdulilah....rakyat mesia mmg prihatin...
 
alhamdulilah, nasib baik ramai rakyat malaysia yang prihatin..
 
tabah sungguh mak dia...
untung ada mak lagi...
 
Back
Top
Log in Register