BTC USD 63,070.2 Gold USD 4,302.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Terima kasih Mohamad Hafiz!

iswaraburuk

Legendary Member
gem
Messages
10,547
Joined
Sep 11, 2009
Messages
10,547
Reaction score
76
Points
120
SAYA ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pegawai imigresen, Mohamad Hafiz Yusoff dari pejabat imigresen Pusat Bandar Damansara. Beliau telah menunjukkan sikap positif sewaktu saya membawa seorang gadis Kemboja yang berkahwin dengan rakyat Malaysia untuk membuat permohonan visa lanjutan.

Ketika kami tiba di jabatan imigresen itu, sistem komputer jabatan itu mengalami masalah teknikal, namun beliau tidak berasa tertekan, cuma tenang dengan senyuman menjelaskan prosedur untuk membuka fail perkahwinan bagi melanjutkan visa gadis itu.

Sikap Mohamad Hafiz yang rajin dan mesra bukan sahaja mendapat penghargaan daripada kami, malahan pelanggan lain yang berada di jabatan imigresen pada hari itu.

Pada pendapat saya, prestasi pegawai cemerlang itu akan membawakan impak positif kepada pembangunan negara dan harus dicontohi oleh mana-mana pihak terlibat dalam bidang perkhidmatan sama ada dalam sektor kerajaan ataupun swasta.

SHIRLEY TAY LAI FENG

Pengerusi Wanita cawangan MCA Kepong merangkap Timbalan

Ketua Biro Politik

MCA Kepong.
 
bagus la... kena jgk bg credit pd yg buat baik...
 
dapat APC la tahun ni nampaknya
 
Sebenarmya tugas Peg Imigresen ni mmg mncabar & perlukan kesabaran..

Klu yg duk bhgn permohonan pasport tu, tiap2 ari dok tahan telinga dgr caci maki org awam..

Public ni tau nak marah & nak cepat jer..

Diorg bukannya faham, proses nak keluarkan pasport ni melibatkan keselamatan negara...

So nak keluarkan satu pasport tu perlukan ketelitian..

Pe masalah yg timbul Peg Imigresen tu yg akan menanggungnya..
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register