BTC USD 83,126.9 Gold USD 4,179.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Terima Kasih Ayah, Untuk Segalanya.....

hafyz1984

Active+ Member
Messages
4,790
Joined
May 26, 2011
Messages
4,790
Reaction score
696
Points
76
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua,

Semalam, Sabtu 2pm, ayah kesayanganku telah pergi meninggalkan aku sekeluarga...

Selama beberapa tahun nie, ayah memang sakit dengan pergi mendapatkan rawatan dialisis....

Tapi sebulan sebelum nie, ayah kerap demam dan itu menghilangkan ayah selera untuk makan....

Kadang-kadang makan tapi biasanya tidak...

2,3 hari sebelum, ayah sesak nafass.... Mak yang merupakan pesara jururawat di Hospital nak bawa ayah pergi hospital, tapi seperti selalu, ayah tak nak pergii....

Pukul 12 lebih ayah cakap kat mak, "Minta maaf la yee..."

Mak terpinga-pinga, "Kenapa pulak? Awak nak mati dah ke?"

Begitulah, ayah memang begitu, walaupun sakit, selalu berseloroh, kawan-kawan ayah dan kami sekeluarga serta adik-beradiknya dah faham benar perangai ayah.... Dan mak sebagai teman setia memang faham benar perangai ayah sebab tu tanya macam tuu....

Ayah pun jawab, "Ye"....

Entah kenapa tiba-tiba Mak panggil kami adik-beradik mengerumuni ayah.... Mak menangiss....

Ayah diam... Dalam keadaan berbaring, mata ayah asyik pandang ke arah jam... Dan berterus-terusan pandang ke arah jam tanpa mengalih pandangan ke arah lain....

Lebih kurang pukul 2pm, semacam ada sesuatu yang menarik nafas ayah.... Dan ayah dah tak bergerak lagii.. Tapi kami adik-beradik menggoncang badan ayah dan memanggil-manggil nama Ayah sebab tak mahu kehilangan ayahh.... Kami belum bersedia kehilangan Ayah...

Mak telefon kawan dia di hospital, kemudian Ambulans datang untuk check keadaan Ayah dan mengesahkan Ayah "dah pergi".... Innalillah untuk Ayah...

Sesudah Ambulans pergi, kami adik-beradik tarik badan Ayah supaya berbaring betul2 di atas katil, kami "selesakan" Ayah di atas katil... Meskipun cuma yang tinggal jasad, kami jaga jasad yang jaga kami selama ini baik-baik sebelum ia benar-benar pergi...

Mak suruh kami adik-beradik telefon atok, nenek, pakcik, makcik, jiran terdekat, keluarga terdekatt....

Dari situ, persediaan pengebumian dilakukan.... Dan Alhamdulillah, sesudah Isyak, jasad Ayah Hero kami selama ini disemadikan....

Tadi sesudah Isyak ada tahlil di rumah untuk arwah Ayah... Ini tahlil yang kedua, Mak nak buat tahlil 3 malam berturut-turut... Semalam, ada tahlil serba ringkas di surau selepas Maghrib...

Terima kasih Ayah, terima kasih untuk segalanya.... Selama ini Ayah memastikan segala-gala cukup bagi kami adik-beradik....

Sekarang, yang tinggal cuma Mak dan kami adik-beradik.... Aku anak sulung, anak yang tua kepada 6 orang adik-beradik.... Saudara-mara jauh yang datang melawat berpesan pada aku, "Lepas ini Long jaga keluarga, jaga Mak, tengok adik-adik"...

Sebak rasa... Mampukah aku pikul beban ini?

Lebih sebak, bila aku benar-benar merasa bertuah beroleh saudara mara dan jiran tetangga yang sangat supportive! "Kalau ada apa-apa, telefon!"....

Terima kasih Ayah! Terima kasih untuk selama ini dan untuk segalanya!


---------------------


Beberapa bulan sebelum, pakcik aku dan Mak sudah nampak tanda-tanda....

Arwah Ayah suka makan daging burung puyuh, ada satu malam, arwah Ayah makan daging burung puyuh dengan pakcik (adik ayah), pakcik ada nampak satu kelainan pada arwah Ayah... Tapi pakcik tak cakap... Pakcik cuma cakap, "Ayah tu nampak lain la, tak macam selalu".... Aku diam jerr...

Mak, teman ayah paling setia... Malam semalam mak cakap sesuatu tentang arwah Ayah, "Ayah tu, bulan lepas ada cakap kat Mak, "Saya nak baik dengan semua orang""..... Arwah Ayah macam aku, tak berapa campur dengan orang.... Berkawan dengan kelompok sendiri jerr...

Mak kata, Ayah nak jumpa adik beradik dia yang jauh... Nak jumpa... Ayah tak pernah macam nie... Itu Mak kata...

Tapi Alhamdulillah, masa Arwah Ayah "nak pergi", kami sekeluarga mengerumuni Ayah... Dan Ayah kelihatan tenang, sangat tenang sebenarnya.... Dan tak ada apa-apa berlaku sehingga pengkebumian...

Aku dan adik ada sekali semasa memandikan jenazah Ayah, juga kami ada sekali masa membalut Ayah dengan kain kapan, menyembahyangkan jenazah dan mengikut sekali mengkebumikan jenazah Ayah....

Kami sekeluarga ada untuk Ayah, sebagaimana Ayah sentiasa ada untuk kami... Sentiasa!

P/S - MOHON FORUMERS MUSLIM YANG BACA KALAU BOLEH SEDEKAHKAH AL-FATIHAH UNTUK ARWAH AYAH....
 
Last edited:
Takziah tt...semoga roh ayah tt dilimpahi rahmat Allah & di tempatkan di kalangan org2 beriman.

:(( sebak sy baca:(
 
Al - fatihah...takziah tt...semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman...Amin
 
takziah tt..alfatihah
 
al-fatihah. takziah sahabat...

moga roh allahyarham tenang di sana.
 
Insyallah tt ..smlam pun aku tolong kebumikan anak kawn aku yang 16 thn sakit dibetis ...bersabar lah
 
Back
Top
Log in Register