BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Teman lelaki Mondy Tattoo maut ditikam

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201
14261796560277101-407793.jpg

14261796560277101-407794.jpg

14261796560277101-407795.jpg

14261796560277101-407796.jpg

14261796560277101-407797.jpg

Cinta tiga segi dipercayai menjadi punca pertengkaran antara dua lelaki sehingga berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka maut ditikam.

Kejadian yang berlaku di Cikarang itu dikatakan berpunca daripada konflik percintaan melibatkan seorang wanita yang dikenali sebagai Dita Restu Amanda atau Mondy Tatto. Sebelum ini, Mondy pernah terlibat dalam satu kes bersama Ebit Lew, di mana beliau diarahkan membayar ganti rugi RM20,000 berhubung saman fitnah.

Menurut penduduk setempat, mangsa dipercayai mempunyai hubungan dengan Mondy, manakala suspek yang sering bersama mereka turut dikatakan menyimpan perasaan terhadap wanita berkenaan. Perselisihan faham akibat rasa cemburu dipercayai berlaku beberapa kali sebelum insiden berdarah itu.

Dalam perkembangan lain, tular di media sosial gambar Mondy dengan tangannya diikat menggunakan cable tie ketika dibawa ke balai polis bagi membantu siasatan sebagai saksi kejadian.

Sumber All Netizen
 
Cinta tiga segi jadi punca? Mondy Tattoo dipanggil polis kes bunuh​

3566483.webp

Mondy ditahan polis bagi membantu siasatan kes bunuh di Bekasi, Indonesia. Foto media sosial

BEKASI – Wanita Indonesia, Mondy Tattoo yang pernah dikaitkan dengan pendakwah terkenal, Ebit Lew ditahan polis bagi membantu siasatan kes pembunuhan, Sabtu lalu, lapor Tribunnews.

Wanita berusia 25 tahun itu dilaporkan dibawa ke Balai Polis Cikarang Barat selepas dipercayai berada di lokasi kejadian ketika insiden berlaku.

Pihak berkuasa bagaimanapun menegaskan bahawa Mondy atau nama sebenarnya Dita Restu Amanda bukan suspek dalam kes berkenaan, sebaliknya hanya dipanggil untuk memberi keterangan sebagai saksi.

Dalam kejadian awal pagi di Kampung Lanai, Desa Kalijaya, Cikarang Barat, mangsa yang dikenali sebagai Faisal Anwar, 29, meninggal dunia akibat ditikam suspek yang juga rakannya.

Siasatan awal polis mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada konflik cinta tiga segi membabitkan mangsa, suspek dan Mondy.

Difahamkan, Mondy menjalinkan hubungan dengan suspek sejak 2024.

Pada masa sama, mangsa turut dikatakan mempunyai hubungan rapat dengannya dan mereka dipercayai tinggal bersama di sebuah rumah sewa di Cikarang Barat.

Terdahulu, polis mengesahkan suspek utama kes berkenaan telah menyerah diri, Ahad lalu dan kini ditahan bagi membantu siasatan.

Polis sedang melengkapkan siasatan dengan mendapatkan keterangan saksi lain bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian.

Kes bekas kekasih mati ditikam: Mondy Tatto kini suspek​

3593304.webp

Mondy Tatto - Foto Tribun News

JAKARTA – Seorang wanita dikenali sebagai Mondy Tatto atau nama sebenarnya Dita Restu Amanda, 24, ditetapkan sebagai suspek dalam kes serangan berkumpulan terhadap bekas kekasihnya, FA di Desa Kalijaya, Kecamatan Cikarang Barat, Kabupaten Bekasi, Jawa Barat.

Mondy didakwa menyerang mangsa bersama kekasih baharunya, Doni Dermawan, 31, yang dikenali sebagai Donal, hanya beberapa jam sebelum FA maut ditikam oleh individu lain dalam kejadian berasingan.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Balai Polis Cikarang Barat, AKP Engkus Kusnadi berkata, insiden serangan itu berlaku ketika Mondy berada di sebuah salon kecantikan di Kampung Pasar Beras pada malam Jumaat, 26 Jun 2026.

Menurutnya, mangsa datang ke lokasi dan berlaku pertikaian dengan Donal dipercayai berpunca daripada isu peminjaman motosikal milik Mondy.

“Dia menarik dan menolak mangsa sehingga mangsa terjatuh. Kejadian itu juga dirakam dan videonya tersebar di media sosial,” katanya.

Rakaman serangan tersebut kemudian tular sehingga menyebabkan ramai menyangka Mondy dan Donal terbabit dalam kematian FA.

Bagaimanapun, polis menjelaskan kes serangan itu berbeza dengan kes pembunuhan yang menyebabkan mangsa maut.

“Kes yang berlaku ketika itu adalah serangan berkumpulan. Mereka sudah berdamai dan kejadian tersebut dilerai sebelum berlaku insiden lain.

“Orang ramai membuat kesimpulan mereka ialah pelaku pembunuhan, sedangkan perkara itu tidak benar,” katanya seperti dilaporkan media tempatan.

Engkus berkata, FA sebenarnya maut akibat ditikam seorang lagi bekas kekasih Mondy, dikenali sebagai Darmin, 26.

Menurutnya, selepas insiden di salon berakhir, kumpulan terbabit sempat minum minuman beralkohol bersama sehingga awal pagi Sabtu sebelum berlaku pertikaian baharu di rumah sewa Mondy di Kampung Jati Baru.

Ketika pertengkaran tercetus, Darmin memasuki rumah tersebut dan bertemu dengan FA.

“Darmin berkata, ‘kalau berani jangan dengan wanita’. Selepas berlaku pertengkaran, dia memukul kepala mangsa menggunakan botol sebelum mengambil pisau yang disimpan dan menikam bahagian belakang mangsa,” katanya.

Mangsa cuba melarikan diri, namun Darmin mengejarnya dan menikamnya sekali lagi sehingga mangsa rebah.

Berdasarkan laporan bedah siasat, FA meninggal dunia akibat tujuh kecederaan tusukan yang menembusi paru-paru kanan.

“Hanya Darmin yang melakukan tikaman. Di lokasi kedua, Mondy dan Donal tidak mampu berbuat apa-apa kerana pisau dibawa oleh Darmin,” jelasnya.

Polis memaklumkan motif kejadian dipercayai berpunca daripada isu hubungan asmara melibatkan Mondy.

Engkus berkata, Darmin dipercayai menyimpan rasa cemburu dan dendam terhadap FA kerana kedua-duanya mempunyai hubungan rapat dengan Mondy.

“Sebelum ini juga sudah berlaku konflik antara mangsa dengan Mondy serta Donal,” katanya.

Mondy dan Donal kini disiasat berhubung kes serangan berkumpulan mengikut peruntukan undang-undang berkaitan, manakala Darmin berdepan pertuduhan lebih berat kerana tikaman yang menyebabkan kematian mangsa.-Agensi

14279226691910645-413440.jpg

14279226691910645-413441.jpg

Kes bekas kekasih mati ditikam: Mondy Tatto kini suspek

Sumber : Sinar Harian
 
Back
Top
Log in Register