BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek​

f7cbe3ecb94aedb1691705456be088666a293fd582980

90c600a2e3e36ce9cd492eca1bef544a6a294005389a1

Kredit: IPD Perak Tengah/ Facebook Bota TV

Seorang lelaki maut selepas dipercayai ditikam dalam satu pergaduhan di Kilometer 12, Jalan Trans Perak, di Perak Tengah awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Hafezul Helmi Hamzah berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 5.49 pagi.

“Siasatan awal mendapati mangsa seorang lelaki warga tempatan berusia 29 tahun, mengalami kecederaan akibat ditikam semasa pergaduhan dengan seorang lelaki berusia 30 tahun yang telah dikenal pasti.

"Mangsa kemudiannya dibawa ke sebuah klinik tempatan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan lanjut mendapati suspek telah melarikan diri selepas kejadian itu dengan menggunakan sebuah kereta jenis Proton Wira sedan berwarna hitam.

Beliau berkata polis sedang giat mengesan suspek yang alamat terakhir adalah di Kampung Guntur Tengkek, 72200 Batu Kikir, Negeri Sembilan dan menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian atau keberadaan suspek diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat ASP S Murugan di talian 012-6992784 atau Insp Muhammad Aminuddin Haiqal Mohamed Masnani di talian 019-6751267 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

 
403882-403882.jpg


Kereta suspek kes bunuh ditinggalkan di Batu Gajah


PASIR SALAK – Polis telah menemui kereta Proton Wira yang digunakan suspek kes tikam mati seorang lelaki di Kilometer 12, Jalan Trans Perak, di Kampung Gajah, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Hafezul Helmi Hamzah berkata, kenderaan berwarna hitam itu ditemui ditinggalkan di tepi jalan di Batu Gajah.

“Setakat ini, suspek masih lagi belum ditemui dan usaha mengesannya giat dijalankan. Kereta yang dilarikan suspek telah dijumpai di tepi jalan dekat Batu Gajah,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, suspek berusia 30 tahun itu mempunyai rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana kes curi kenderaan.

Semalam, seorang lelaki maut selepas mengalami kecederaan parah akibat ditikam dalam satu pergaduhan yang dipercayai berpunca daripada rasa cemburu.


Difahamkan, insiden berkenaan tercetus akibat perselisihan faham antara mangsa dan suspek yang juga bekas teman lelaki kepada teman wanita mangsa. – KOSMO! ONLINE

Sumber : Kosmo Online
 

Suspek Terbabit Kes Bunuh, Rogol Di Kampung Gajah Ditahan Semalam​

4647c103530ae981635bacaff5760af16a2b92db5f3b2

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin bercakap ketika sidang media selepas Majlis Serah Tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Perak di Mes Pegawai Kanan Polis Perak hari ini.

Suspek lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes tikam hingga maut seorang lelaki di Kilometer 12, Jalan Trans Perak dekat Kampung Gajah, berjaya ditahan semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata suspek berusia 30 tahun itu ditahan di Terminal Bas Perlis Sentral, Kangar di Perlis kira-kira 3.45 petang oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak dan JSJ Perlis.

Beliau berkata polis turut menemukan sebilah pisau yang telah dibuang oleh suspek dalam sebuah tong sampah di bandar Kangar.

"Suspek berjumpa dengan bekas teman wanitanya berusia 25 tahun untuk berbincang mengenai masalah hubungan mereka kira-kira 9 pagi pada Selasa lepas.

"Semasa pertemuan di kawasan sawah padi di Jalan Trans Perak, suspek bertindak mengugut dan merogol wanita tersebut di dalam kereta suspek," katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Perak di Mes Pegawai Kanan Polis di Jalan Sultan Azlan Shah di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Alwi berkata kira-kira 5 pagi pada Rabu lepas, suspek menghantar bekas teman wanitanya ke kereta, tiba-tiba seorang lelaki yang merupakan teman lelaki kepada wanita tersebut datang untuk berjumpa suspek namun suspek bertindak melarikan diri dengan memandu kereta miliknya.

Beliau berkata lelaki itu bertindak mengejar suspek dan berjaya melanggar dan menghalang kereta suspek sehingga berhenti dan suspek terus bertindak menyerang dan menikam mangsa dengan sebilah pisau di bahagian perut.

"Suspek melarikan diri dengan kereta milik mangsa sebelum meninggalkan kereta tersebut di Persiaran Batu Gajah Perdana di Batu Gajah.

"Dengan tertangkapnya suspek, kes bunuh dan rogol berjaya diselesaikan dalam tempoh kurang dari 24  jam. Suspek kini direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 376 kanun yang sama," katanya.

 
14249955172382445-404213.jpg

14249955172382445-404214.jpg


Suspek kes bunuh di Jalan Trans Perak ditahan di Perlis, turut disiasat kes rogol


IPOH – Suspek yang dipercayai menikam lelaki hingga maut di Kilometer 12, Jalan Trans Perak di Kampung Gajah semalam, turut didakwa merogol teman wanita mangsa.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Alwi Zainal Abidin berkata, suspek berusia 30 tahun itu bagaimanapun berjaya diberkas di Kangar, Perlis dalam tempoh kurang 24 jam selepas kejadian.

Katanya, lelaki itu ditangkap pada pukul 3.45 petang ketika cuba melarikan diri di Terminal Bas Perlis Sentral.

“Hasil penahanan suspek, polis berjaya menemui sebilah pisau yang digunakan dalam kejadian itu selepas ia dibuang ke dalam tong sampah di bandar Kangar.

“Dengan tertangkapnya suspek, kes bunuh dan rogol ini berjaya diselesaikan dalam tempoh kurang 24 jam. Suspek direman tujuh hari untuk membantu siasatan,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Perak di Mes Pegawai Kanan Perak, di sini hari ini.

Menurut Mohd. Alwi, kejadian itu bermula selepas suspek bertemu mangsa wanita yang juga bekas kekasihnya pada pukul 9 pagi kelmarin (9 Jun) untuk berbincang mengenai masalah hubungan mereka.

Katanya, semasa perjumpaan di kawasan sawah padi di Jalan Trans Perak, suspek telah bertindak mengugut dan merogol mangsa di dalam keretanya.

“Keesokan harinya (semalam) sekitar pukul 5 pagi, ketika suspek menghantar wanita itu ke kereta, teman lelaki mangsa dikatakan datang untuk berjumpa suspek.

“Namun, suspek bertindak melarikan diri dengan memandu kereta sebelum dikejar lelaki terbabit yang berjaya melanggar dan menghalang kenderaan tersebut sehingga berhenti.

“Sebaik sahaja mangsa keluar dari kereta, suspek dipercayai terus menyerang dan menikam lelaki itu menggunakan sebilah pisau di bahagian perut,” katanya.

Tambah beliau, suspek yang melarikan diri dengan memandu kereta milik mangsa lelaki kemudian meninggalkan kenderaan itu di Persiaran Batu Gajah Perdana.

“Dalam kejadian itu, mangsa dikejarkan ke sebuah klinik swasta di Kampung Gajah untuk mendapatkan rawatan namun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan tikaman,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Sumber : Kosmo Online
 
Back
Top
Log in Register