BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,366.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Buru Lima Suspek Tembak Lelaki Di Ladang Kemahang

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80
7f32548905c2e0cccf899520fc91da3a60ea9d9e093c9

68dc129af12dc16167f93dbb44c4dc6c674b35bd4eae8


Polis mengesahkan seorang lelaki cedera pada bahagian dagu selepas terkena tembakan dalam kejadian di Ladang Kemahang, Tanah Merah awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah Superintenden Mohd Haki Hasbullah berkata dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi itu, mangsa Mohd Khairul Amri Ab Kadir, 43, cedera selepas terkena tembakan ketika melakukan rondaan bersama rakannya bagi mengesan kegiatan mencuri lembu.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 5.26 pagi.

“Sebelum kejadian, pengadu yang juga jurujual berusia 35 tahun bersama rakannya menjalankan rondaan di kawasan ladang berkenaan sejak 1.30 pagi.

“Sekitar 2.30 pagi, mereka terserempak dengan sekumpulan lebih kurang lima lelaki dipercayai warga tempatan dan warga Thailand. Suspek kemudiannya dipercayai bertindak melepaskan beberapa das tembakan dari jarak dekat ke arah pengadu dan rakannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Haki berkata mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Tanah Merah dan kini sedang menerima rawatan di Zon Merah, Wad Kecemasan.

Dalam kejadian sama, sebuah motosikal Honda EX5 milik mangsa dilaporkan turut dilarikan oleh seorang daripada suspek dipercayai warga tempatan.

“Pihak polis kini sedang giat menjalankan usaha untuk mengesan dan menangkap kesemua individu yang terlibat dan kami menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran,” katanya.

Sementara itu, Mohd Khairul Amri Ab Kadir, 42, yang mengalami kecederaan di bahagian dagu, kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Tanah Merah.

 
Back
Top
Log in Register