BTC USD 84,835.5 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Telur wajib dibasuh!!

amnibot

Fun Poster
Messages
135
Joined
Sep 30, 2010
Messages
135
Reaction score
1
Points
15
Menghalang diri dari memakan benda-benda haram bukanlah terhad kepada memakan khinzir, anjing, arak dan barang curi sahaja. Malah mereka menjaganya lebih dari itu. Mereka tidak memakan benda najis, malah kita pun diharamkan dari memakan najis.

Namun, kadang kala kita terlupa untuk memerhatikan makanan yang kita beli. Makanan yang pada awalnya suci, namun cara pembuatan yang tidak terjaga boleh menjadikan makanan itu najis. Contoh yang mudah ialah penggunaan telur dalam kehidupan harian kita. Samada ianya telur ayam atau itik, kedua-duanya adalah najis apabila ia keluar dari perut haiwan tersebut.

Jika penjual murtabak menggunakan telur yang tidak dibasuh terlebih dahulu, murtabak yang dihasilkannya boleh menjadi najis. Tangan penjual tersebut yang basah, menyentuh telur yang tidak dibasuh (najis), telah menjadikan tangannya bernajis. Tangan tersebut digunakan pula untuk menguli murtabak, maka murtabak yang di hasilkannya adalah makanan yang tidak suci dan bernajis. Orang islam dilarang memakan benda-benda yang kotor dan bernajis, maka murtabak yang bernajis itu haram dimakan.

”Tiap-tiap daging yang tumbuh dari benda haram, nerakah yang lebih layak untuknya.”


sumber: http://amruamni.blogspot.com/2013/07/rahsia-puasa-menggamit-rasa-taqwa.html

apa pendapat korang?
 
ys bro..keen basuh telur tu..semua telur kena basuh kot...
 
Mmg penjual roti canai dan martabat beli telur berkampit2 tp xbasuh dulu telur tu. Tp rasanya masa telur nk proses masuk dalam kampit tu rasanya dah basuh awal2.
 
abis la kondensi si penjual murtabak...
 
aku mmg pantang kalau masak telur tak basuh dulu... tk pun simpan dlm peti ais dgn ada najis kat kulit dia...

basuh je la bukan susah sgt pun.. tp ada berselisih pendapat ttg isu ni
 
bagus dok ada,dok kedarah murtabak,rupanya terpalit.berger benjo,kedai makan mita telo mata lg,banyak benda x sedar..
 
slalu kalo beli telur terus basuh, berus ngan sabun skit sampai bekilat, trus masuk peti.. tak sanggup nk biar taik2 tu melekat kat telur dan duk kat dapur lelama
 
aku kalau nk masak mmg basuh telur ayam tu dulu...siap dgn sabun..sambil selawat. walau telur tu aku amik dr bungkusan yg bersih dn cantik... telur berkilat xde najis pon aku tetap basuh... sbb...
sbb aku ingat ustaz ustazah kata.. kalau nk diri kita ni terang ati... antaranya inilah petuanya.. x mkn mende2 kotor..

~hanya bkongsi~
 
aku kalau nk masak mmg basuh telur ayam tu dulu...siap dgn sabun..sambil selawat. walau telur tu aku amik dr bungkusan yg bersih dn cantik... telur berkilat xde najis pon aku tetap basuh... sbb...
sbb aku ingat ustaz ustazah kata.. kalau nk diri kita ni terang ati... antaranya inilah petuanya.. x mkn mende2 kotor..

~hanya bkongsi~

thanx bro.:)cgrock
 
Back
Top
Log in Register