BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Telefon bimbit tiruan - Risiko barah otak

BasicCX

Super Active Member
Messages
6,223
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
Telefon bimbit tiruan - Risiko barah otak

KUALA LUMPUR: Kanak-kanak paling mudah terdedah kepada bahaya barangan elektronik tiruan terutama telefon bimbit kini mudah diperoleh di pasaran tempatan.
Bukan itu saja, penggunaan telefon bimbit palsu dilaporkan di media juga dipercayai antara penyumbang besar kepada barah otak jika kanak-kanak terlalu terdedah kepadanya.


Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abd Rahman, berkata perkara seperti ini akan menjadi lebih parah jika tidak ditangani segera memandangkan kanak-kanak turut menggunakan telefon bimbit kini.


Beliau mengulas laporan muka depan Harian Metro kelmarin mengenai seorang kontraktor yang ditipu Geng Sabah yang dikesan aktif melakukan penipuan menerusi penjualan telefon tiruan atau jenis ‘cap ayam’ kepada mangsa di sini.


Mohd Yusof berkata, kanak-kanak tidak harus dilupakan dalam soal keselamatan dan kesihatan kerana masa depan negara terletak di bahu mereka.


“Bagaimana untuk menjadi pemangkin kemajuan negara jika kita tidak mengambil inisiatif menjaga keselamatan serta hak mereka sebagai pengguna dari sekarang,” katanyaselepas merasmikan Majlis Penutup Minggu Tidak Menonton Televisyen di Tadika Kemas Kem Batu Kentomen, di sini, semalam.


Dalam program seminggu itu 47 murid tadika berkenaan dipantau guru dan keluarga supaya tidak menonton televisyen dalam tempoh ditentukan dan menggantikan aktiviti lain.


Mohd Yusof dalam ucapannya berkata, guru dan keluarga mereka akan diberikan kad laporan bagi mencatat tempoh waktu mereka tidak menonton televisyen serta perlu mencatat aktiviti yang dilakukan menggantikan waktu tersebut.


“Sebanyak 60 aktiviti disyorkan kepada keluarga dan guru murid berusia lima hingga enam tahun bagi dilakukan bersama dan tujuan utama program seumpama ini bagi merapatkan hubungan keluarga dan rakan.

“Acara tahunan dalam kalendar kepenggunaan antarabangsa berlangsung pada 21 hingga 27 April setiap tahun bermula 1995 bertujuan mengurangkan risiko kesihatan kesan cahaya serta gelombang dipancar barangan elektronik dan televisyen,” katanya.

- H.Metro
 
Back
Top
Log in Register