Teknik menipu payment

CG Sponsors




abunawas_

Fun Poster
Joined
Feb 16, 2017
Messages
292
Reaction score
65
Points
20
1. Buat SCHEDULED PAYMENT

2. Pilih tarikh bayaran 3 hari akan datang
Contoh : Customer inform akan bank in hari ni 9 Oct 2018. Tapi masa dia buat online transfer, dia pilih SCHEDULED PAYMENT dan pilih tarikh 12 Oct 2018

3. Ini bermakna online seller akan menerima bayaran tersebut pada 12hb Oct. Bukan 9hb Oct

4. Selepas selesai transaksi, resit akan di screenshot dan buyer tersebut akan hantar resit tersebut kepada seller sebagai bukti bayaran

5. Disini masalah bermula, Resit yang pihak bank keluarkan SEBIJIK SEJIBUN SAMA dengan normal transfer. Tiada cacat cela. Tiada langsung Remark mengatakan transaksi ini adalah sheduled transfer

6. Paling best pd resit ada perkataan SUCCESSFUL

7. Seller terima resit. Nampak asli dan terus pos barang tanpa menyemak baki akaun

8. Bila buyer dah dapat ref number barang, dia akan cancel SCHEDULED PAYMENT tersebut.

9. Makanya melopong lah online seller berkenaan bila nak close account hujung bulan

10. Kerana walaupun transaksi dibuat pada 9 October, resit pun nyatakan transaksi dibuat pada 9 october
Tapi duit tarak masuk sebab SCHEDULED PAYMENT which anytime je buyer boleh cancel

11. Ni contoh resit yang saya terima. Nasib baik saya semak akaun pada hari tersebut. Sampai telefon maybank center untuk kepastian


12. Lagi haru ialah, info dari Maybank Center, walaupun baki dalam akaun kita tinggal RM2 ja, kita masih boleh buat SHEDULED PAYMENT. Jadi penipu bebas letak apa apa amount yang dia nak dan set kan scheduled payment

13. Tanpa perlu cancel transaksi tersebut pun, bila tiba hari yang dijadualkan, bila sistem detect baki akaun tak cukup, maka transaksi tersebut akan automatik batal

14. Maka yahu yahu lah penipu dapat barang tanpa perlua buat bayaran

Kes ni terjadi pada 27 September 2018. Buyer mendesak nak barang secepat mungkin. Sebab asyik desak je saya terhidu bau ikan dan buat semakan baki

Bila dah kantoi baru dia mengaku dia buat scheduled payment. Tarikhnya 30 september 2018. Silap klik katanya. Desak nak barang juga dan make promise payment akan masuk 30hb

Saya berkeras tak nak bagi barang dan minta dia cancel scheduled payment ni, dan buat paymet lain

Terus senyap.... sunyi.... dan sepi ....
Sampai hari ni

HATI2 LAH ye... SEMAK AKAUN SELALU

#kisahorang
 
Sponsored Post

dan50

Super Active Member
Joined
Aug 22, 2010
Messages
6,456
Reaction score
112
Points
73
tq info geng,kesian pada seller yg duit kerap masuk, susah nak track payment
 

findemas

Active+ Member
Platinum Member
Joined
Sep 10, 2007
Messages
3,774
Reaction score
244
Points
33
Macam2 cara nak menipu orang sekarang ni.
 

m0mo~

CG Top Poster Club
Platinum Member
ForexMart Fans
Joined
Oct 4, 2012
Messages
35,312
Reaction score
387
Points
136
deal thru shopee la baru selamat
 

H-S

Active+ Member
Joined
May 16, 2010
Messages
4,143
Reaction score
79
Points
30
terus pos barang tanpa menyemak baki akaun
jadi seller online kena lah bijak..
tak perlu genius banyak, hanya pandai sikit..
check baki dulu..
no money no barang..
benda ni simple je..
budak tadika pon tahu..
:eek:
 

abunawas_

Fun Poster
Joined
Feb 16, 2017
Messages
292
Reaction score
65
Points
20
jadi seller online kena lah bijak..
tak perlu genius banyak, hanya pandai sikit..
check baki dulu..
no money no barang..
benda ni simple je..
budak tadika pon tahu..
:eek:
ya..ya tuan memang genius :D
 

no trade

Super Active Member
Joined
May 16, 2008
Messages
8,495
Reaction score
248
Points
88
Bijak sapa yg manipulate benda ni, mcm teknik forex profit isnin tu.
 

luhur_lestari

Active+ Member
Joined
Apr 28, 2010
Messages
3,699
Reaction score
41
Points
40
masing2 kena pakat hati2..mklumlah skrg ni macam ramai pla manusia yg takut masuk neraka..
 

myalizee83

Active+ Member
Joined
Jun 9, 2008
Messages
2,678
Reaction score
15
Points
25
Setakat ni alhamdulilah x penah kene lg sbb warga CG semua baik2.. Senang berurusan. Bahaya jugak ni takut terkena. Tq TT..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register