BTC USD 85,175.8 Gold USD 4,138.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Teka-Teki Islamik (2)

AceGlobal13

Active Member
Messages
1,969
Joined
Dec 22, 2008
Messages
1,969
Reaction score
81
Points
30
Soalan (1)

Melalui wasilah seorang kanak-kanak bernama Saprol telah menyebabkan Fandi berkenalan dan jatuh cinta kepada Sara. Hj. Romli selaku ayah Sara pula ingin bermenantukan orang yang berkelulusan al-Azhar Mesir, sedangkan Fandi hanya seorang rockers jalanan. Ujian demi ujian yang dilakukan oleh hj. Romli kepada Fandi hanyalah semata-mata untuk mengelakkan Fandi dari jadi menantunya. Namun takdir Allah telah menentukan hati hj. Romli telah terpikat kerana keikhlasan Fandi lalu menjadikan dia sebagai menantunya. ulama telah menyarankan kepada kita agar bersegera berdoa ketika hati tulus dan ikhlas kerana doa tersebut tiada hijab.

-Siapakah yang dimaksudkan orang-orang Mukhlasin menurut al-Quran?
-Sila berikan 2 ayat al-Quran yang mensucikan golongan Mukhlasin ini.

Soalan (2)

Dalam sehari semalam terdapat 34 rakaat solat Nafilah. Sila sebutkan had waktu tamat solat nafilah zohor dan had waktu tamat solat nafilah asar. Dan adakah dibolehkan menqada` kedua-dua solat sunat tersebut jika terlepas dari had waktunya?

Soalan (3)

Di dalam syurga terdapat pohan Thuba, cahayanya seperti matahari yang memancar di setiap sudut. Di syurga diberikan makanan, tetapi tidak pernah berkurangan sedikitpun. Apakah contoh pendekatan sebuah pemberian yang tidak berkurangan di dunia ini? Apakah pohon Thuba?

Soalan (4)


Di syurga, ahlinya makan namun tidak akan membuang air. Apakah pendekatan akal yang mudah untuk difahami di dunia?

Soalan (5)

Di syurga tiada matahari namun ia bersinar terang. Apakah pendekatan yang ada di dunia seumpamanya?

Soalan (6)

Para Nabi tergolong di dalam golongan maksum.
-Jika benar, mengapakan Nabi Adam bertaubat kerana melanggar perintah Allah yang melarang memakan buah khuldi?
- Jika benar, mengapa Nabi Yunus dikurung ke dalam perut ikan Nun hingga merentasi 7 lautan. Dan baginda mengakui sebagai orang yang zalim?
-Di dalam al-Quran Nabi Yusuf disebutkan bahawa Zulaikha cintakannya. Begitu juga Yusuf ingin kepadanya. Manakala Nabi Daud terpaut pada wanita kerana terlihatnya berkemban di bilik mandi lalu mahu menjadikan wanita tersebut sebagai isteri baginda yang ke 100. lalu turun malaikat mebgajar tentang keadilan kepada Daud. Apakah jawapan berkenaan soalan-soalan ini?

Inilah diantara sambungan soalan....jom kita liha siapa yang bijak pandai di sini...
 
Back
Top
Log in Register