Siapa Sebenarnya Anak lelaki Abdullah dimaksudkan Khairy?
Contributed by drmuzi on Thursday, April 19 @ 23:55:00 MYT
Topic: KOMENTAR
Oleh: Dr Muzi
Menyanggah kenyataan Tun Dr Mahathir di Kulai berkisar isu "mahligai" 60 juta di Perth Australia. Khairy Jamaluddin dipetik berkata oleh media media arus perdana bahawa "mahligai " tersebut kepunyaan anak lelaki Pak LAH , Kamal.
Semalam TUN DR Mahathir meminta maaf atas kenyataan beliau, dipetik berkata bahawa "mahligai" tersebut bukan milik Pak LAH dan bukan juga milik Kamal, tetapi milik orang lain.
Raja Petra di dalam laman web Malaysia Today mengungkai orang lain tersebut sebagai Patrick Lim.
Siapakah Patrick LIM?
Patrick LIM merupakan seoarang tokoh korporat meningkat naik di era kepimpinan Islam Hadhari.
Beliau digelar oleh Tun DR Mahathir sebagai Patrick Badawi dek kejayaan beliau mendapat pelbagai projek Gergasi di Terengganu serta Pulai Pinang.
Beliau merupakan CEO Equine Capital.
Jika apa dikatakan Khairy benar, bahawa "mahligai " di Perth kepunyaan anak lelaki Pak LAH, sejak bila Patrick LIM menjadi anak lelaki Pak LAH, atau adakah Patrick LIM sebagai penama rumah tersebut merupakan proksi kepada kepentingan perniagaan Pak Lah sekeluarga?
Kenyataan TUN di Kulai ternyata menjerat Kahiry yang dibanggakan sebagai pelajar sains politik degan minor ekonomi dari OXford.
Maka kenyataan maaf TUN di Yayasan Perdana semalam ternyata memerangkap lebih ramai lagi mangsa terutamanya media media arus perdana yang ternyata di dalam klimaks mereka memberi publisiti percuma kepada bloggers terutamana laman web Malaysia Today serta membantu menghebahkan isu "mahligai" ke seluruh pelusuk negara yang boleh mengakibatkan "doubt" serta suspicious dikalangan rakyat terhadap integriti Pak LAH dan keluarganya.
wassalam.