BTC USD 76,395.5 Gold USD 4,310.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mohon maaf, ketua Umno Sepang diberitahu berkait jenaka paderi, biarawati

afwan83

Active+ Member
Messages
3,225
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,225
Reaction score
12
Points
25

Mohon maaf, ketua Umno Sepang diberitahu berkait jenaka paderi, biarawati​

bdad2456-9c13-4642-b4df-c96ab00de112-wilfred-madius-tangau-n-noorazli-said-collage-140926.jpg

Ahli Parlimen Tuaran merangkap Adun Tamparuli, Wilfred Madius Tangau (kiri), berkata jenaka Noorazli Said itu ‘amat tidak wajar dan menyinggung perasaan’.

Dalam catatan di Facebook, Ahli Parlimen Tuaran merangkap Adun Tamparuli, Wilfred Madius Tangau, berkata jenaka itu ‘amat tidak wajar dan menyinggung perasaan’.

“Kitab suci, paderi Katolik, dan biarawati tidak sepatutnya dijadikan bahan jenaka seksual atau dipersendakan dari pentas perhimpunan sebuah parti politik utama negara.

“Penceramah berkenaan sewajarnya mengakui kesilapan pertimbangannya, menarik balik rujukan palsu terhadap Mazmur 129, dan memohon maaf secara terbuka tanpa sebarang syarat kepada umat Katolik serta seluruh masyarakat Kristian,” katanya.

Dalam ucapannya semasa membahaskan ucapan dasar presiden Umno pada Sabtu, Noorazli menceritakan jenaka berkisarkan mengenai seorang paderi memandu Proton Saga manual yang menumpangkan seorang biarawati.

Beberapa pengguna Facebook di ruangan komen hantaran Tangau mendesak beliau untuk membuat laporan polis terhadap Noorazli, sambil menyatakan jenaka itu secara jelas menyentuh isu agama.
 
Back
Top
Log in Register