BTC USD 76,704.6 Gold USD 4,373.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ketua balai polis direman berkait rasuah RM500

afwan83

Active+ Member
Messages
3,229
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,229
Reaction score
12
Points
25

Ketua balai polis direman berkait rasuah RM500​

c11526d5-gari-handcuff-newsize-freepikpic-210324.jpg

Suspek berusia 41 tahun direman hingga 26 Julai. (Gambar Freepik)

Perintah reman hingga 26 Julai terhadap suspek berusia 41 tahun dikeluarkan Majistret Amirul Asyraf Abdul Rashid mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah selepas menerima permohonan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suspek dipercayai menerima wang rasuah berjumlah RM500 daripada seorang warga asing yang merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap individu berkenaan.

Pengarah SPRM Kelantan, Azmin Yusoff, ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek pada 2.20 petang semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Terdahulu, suspek yang memakai pakaian lokap jingga SPRM tiba di Kompleks Mahkamah Kota Bharu kira-kira 9 pagi dengan diiringi dua pegawai SPRM.
 
Back
Top
Log in Register