BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis siasat dakwaan buli berkait kematian remaja 14 tahun

afwan83

Active+ Member
Messages
3,223
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,223
Reaction score
12
Points
25

Polis siasat dakwaan buli berkait kematian remaja 14 tahun​

45baab29-ketua-polis-kuala-lumpur-datuk-fadil-marsus-bernama-pic-7226.jpg

Ketua Polis Kuala Lumpur Fadil Marsus berkata, remaja berusia 14 tahun terbabit disahkan meninggal dunia di HKL pada 18 Ogos lepas. (Gambar Bernama)

Ketua Polis Kuala Lumpur Fadil Marsus berkata, mangsa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur selepas ibunya membuat panggilan kecemasan kira-kira 2 pagi pada 18 Ogos sebaik menemukan anak perempuannya itu di dalam bilik di rumah mereka di Jalan Langkawi.

Beliau berkata, remaja terbabit bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan pada kira-kira 2.25 pagi.

Proses bedah siasat telah dijalankan bagi mengesahkan punca kematian, tambahnya.

Fadil berkata, siasatan jenayah dibuka selepas polis menerima laporan daripada ibu mangsa pada 19 Ogos.

“Sebanyak 92 keterangan saksi telah dirakam bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Kes berkenaan disiasat berhubung kelakuan menggunakan kata-kata mengancam, menghina atau mencela yang bertujuan menyebabkan gangguan emosi atau ketakutan. Kesalahan itu memperuntukkan hukuman maksimum penjara tiga tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.

Awal minggu ini, Kementerian Pendidikan (KPM) mengarahkan pihak sekolah dan pegawai pendidikan menyegerakan siasatan terhadap kematian gadis berusia 14 tahun itu yang meninggal dunia selepas didakwa dibuli di sekolah.

Kematian pelajar itu mencetuskan desakan pelbagai pihak agar siasatan teliti dijalankan, termasuk daripada Ketua Pemuda PKR Kamil Munim.
 
Back
Top
Log in Register