BTC USD 86,135.0 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Didakwa terima rasuah RM500, ketua balai polis digantung kerja

afwan83

Active+ Member
Messages
3,296
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,296
Reaction score
12
Points
25

Didakwa terima rasuah RM500, ketua balai polis digantung kerja​

efe8c312-rasuah-ketua-balai-polis-rm500-210726-bernama-pics.jpg

Ketua balai polis berpangkat sarjan mejar direman tujuh hari bagi membantu siasatan atas dakwaan menerima rasuah RM500 sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap seorang warga asing. (Gambar Bernama)

Ketua Polis Kelantan, Yusoff Mamat, berkata pihaknya turut menjalankan siasatan tatatertib ke atas pegawai itu.

“Pada masa sama, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) turut menjalankan siasatan tatatertib secara selari dengan siasatan SPRM,” katanya menurut Sinar Harian selepas perhimpunan bulanan di IPK Kelantan di Kota Bharu.

Beliau berkata, tindakan lanjut terhadap pegawai itu bergantung kepada hasil siasatan.

Terdahulu, media melaporkan seorang ketua balai polis direman tujuh hari sehingga 26 Julai ini oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu bagi membantu siasatan atas dakwaan menerima rasuah RM500 sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap seorang warga asing yang memegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Majistret Amirul Asyraf Abdul Rashid membenarkan permohonan SPRM terhadap suspek berusia 41 tahun itu.
 
Back
Top
Log in Register