aeolian
Active+ Member
- Messages
- 4,188
- Joined
- Jul 30, 2010
- Messages
- 4,188
- Reaction score
- 389
- Points
- 56
apa simptom nya Tuan?
ok, oleh kerana saya sendiri dah alami, saya nak pesan la kat sahabat2 sekelian.
saya tak tau sejak bila mula dijangkiti tibi, saya tau ni pun lepas doktor buat pemeriksaan lepas saya mengadu leher sebelah kanan ada bengkak dah sebesar telor ayam baru nak pegi cek, sakit berdenyut2 macam bisul bengkak tu.
saya memang dah 17 tahun ada ketulan kat leher tu, tapi masa tu dia maintain saiz dia antara saiz ibu jari telunjuk hingga ke saiz ibu jari.
tapi sejak 3 bulan ni saiz membesar secara mendadak hingga sebesar telor ayam, 2 hari saya masuk wad hospital serdang doktor pun decide nak operate buang nanah, masa tu nanah pun dah start keluar dengan sendiri.
lepas operate tu baru doctor sahkan saya positif tibi melalui ujian darah dan ujian tibi yg cucuk bawah kulit tu.
doctor suruh makan antibiotik 9 bulan, kalo tibi paru2 paling kurang 6 bulan, tapi disebabkan tibi saya ni jenis tibi kalenjar, tempoh kena makan ubat kena lama sikit.
kena selalu follow up dgn doctor lepas keluar wad.
jadi kat sini saya nak pesan bagi sapa2 yg belum ada simptom macam saya tu, sila jaga sistem imunisasi badan elok2, makan hari2 kena cukup dan seimbang, rehat kena cukup, kalo tak antibodi badan tak kuat nanti senang kena macam2 jenis penyakit termasuk tibi. sebab saya sendiri pun dalam 6 bulan kebelakangan ni makan tak teratur, rehat pun tak cukup badan selalu penat je, saya rasa ni la faktor kenapa saya senang dijangkiti tibi.
bagi yg dah ada simptom macam saya, contohnya ada bengkak di kalenjar terutama di bahagian leher, ketiak dan lain2. cepat2 kenalpasti punca kalenjar tu bengkak, jangan sampai besar mcm saya ni sampai kena operate, kalo kena operate lagi leceh sakit nak kena cuci luka operate hari2 mcm saya ni, pedih gila tiap kali kena cuci luka operate sampai jerit2 satu wad boleh dengar.
tibi ni ada banyak jenis, kuman tibi boleh serang seluruh anggota badan dan mana2 organ, kalo tibi macam saya ni tibi kalenjar, tapi tibi kebanyakan yg orang kena tibi yg jenis batuk2 kering tu, tibi yg jenis serang paru2 dulu. tibi yg tu lagi senang merebak.
kena berjaga2 zaman skg sebab kerajaan dah bawa masuk banyak indon2 dan bangla2, mereka ni la penyebab kes tibi di malaysia ni kembali muncul. kalo makan makanan seimbang hari2, makan cukup2, amalkan gaya hidup sihat, jaga kebersihan elok2, Insyallah sistem imun badan kita mampu halang kuman tibi daripada membiak.
