BTC USD 80,892.5 Gold USD 4,393.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Infografik: Penyakit Tuberkulosis (TB)

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,260
Points
2,836
IMG_20220218_161105_733.jpg

IMG_20220218_161109_039.jpg

IMG_20220218_161111_626.jpg

IMG_20220218_161113_663.jpg

Penyakit Tibi boleh membawa maut.

Sekiranya anda batuk kering secara tiba-tiba, demam, hilang deria rasa dan sukar bernafas, anda mungkin dijangkiti COVID-19.

Ambil perhatian berkenaan tindakan pesakit TB semasa pandemik.

Kontak Tibi perlu membuat pemeriksaan untuk mengesan jangkitan Tibi.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#investtoEndTB
#sihatmilikku


Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
 
Jgn pos sgt menda mcm ni. Nnt geng antivaxxx marah. Kovid x abis lagi, dah kena vaxx tb.. 😄
 
IMG_20220315_232155_065.jpg

IMG_20220315_232157_176.jpg

Tema Hari Tibi tahun 2022 adalah Invest to End TB, Save Lives.


Mesej utama yang disampaikan adalah seruan kepada pelbagai peringkat pengurusan untuk pertingkatkan kapasiti khusus kepada program kawalan dan pencegahan Tibi.


* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Mac 2022. Klik




untuk edisi penuh.


#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
 

PATI HARAM punca penyakit tibi menular: Boon Chye​

AIMAN SADIQ ABDULLAH | | 13 September 2019
459231.jpg

Boon Chye (tengah) ketika ditemui media pada selepas Majlis Dialog Bersama Kakitangan Klinik Kesihatan Sungai Lembing di sini semalam.

KUANTAN - Pendatang asing tanpa izin (PATI) yang memasuki negara secara haram menjadi salah satu punca penularan penyakit tuberkulosis (tibi) atau batuk kering.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, ini kerana mereka tidak menjalani saringan kesihatan sepertimana yang memasuki negara dengan cara sah.

"PATI yang datang secara sah telah melakukan pemeriksaan kesihatan sebelum mereka dibenarkan bekerja.

"Mereka (pekerja asing) yang sah seperti yang bekerja di mamak atau sebagai orang gaji terhindar daripada penyakit tibi kerana mereka tidak akan dapat permit kerja jika menghidap penyakit itu.

"Kita tidak nafikan memang ada berlaku kes tibi di mana setiap tahun kira-kira 25,000 kes dan jumlah itu masih tinggi disebabkan pekerja asing masuk ke negara tanpa menjalani saringan kesihatan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Dialog Bersama Kakitangan Klinik Kesihatan Sungai Lembing di sini semalam.

Hadir sama, Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr Shaari Ngadiman dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lembing, Datuk Shohaimi Mohammed Shah.

Dalam pada itu, Boon Chye menggesa supaya masyarakat memberi penekanan kepada aspek penjagaan kebersihan setempat dengan sentiasa meneruskan amalan gotong-royong bagi mencegah penularan penyakit seperti denggi.

Disyorkan artikel ini:
Menurutnya, tindakan yang dilakukan oleh agensi kerajaan tidak mencukupi jika masyarakat tidak menjaga kebersihan kawasan rumah mereka yang boleh menyebabkan nyamuk aedes membiak.

"Jangan tunggu sehingga sesuatu musibah menimpa pada ahli keluarga kita untuk mengambil tindakan. Ini adalah kediaman anda, maka jagalah kebersihan dan keselamatannya.

"Jika ada di kalangan masyarakat yang tidak faham bagaimana nak menjaga kebersihan rumah daripada nyamuk aedes itu yang menjadi masalah.

"Saya menyeru pantaulah kawasan sekeliling rumah anda semak di kawasan yang mengalami air bertakung, harus dibersihkan supaya nyamuk aedes tidak dapat membiak," katanya.

Tambahnya, kes demam denggi di Pahang meningkat sebanyak 196 peratus menjadi 1,639 kes dalam tempoh 1 Januari sehingga 7 September lalu berbanding tempoh sama pada tahun lalu.


 
IMG_20220323_164017_106.jpg

IMG_20220323_164019_593.jpg

IMG_20220323_164021_910.jpg

TB bukan penyakit keturunan dan boleh merebak melalui udara.

Pesakit perlu sentiasa berfikiran positif dan mengamalkan gaya hidup sihat. Majikan / tempat pengajian tidak perlu panik sekiranya terdapat pekerja/pelajar yang dijangkiti TB.

Ahli keluarga dan masyarakat sekeliling perlu memainkan peranan dalam menghentikan stigma terhadap pesakit TB.

Badan Bukan Kerajaan boleh memberi bantuan dan sokongan kepada pesakit TB sepanjang tempoh rawatan TB.

Hentikan TB, Hentikan Stigma


#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#investtoENDTB
#savelives
#sihatmilikku


Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
 
aku penah kena tibi kalenjar dalam 6 tahun lepas, doktor suruh makan ubat dia selama setahun, aku sempat makan 2 minggu je sebab efek ubat tu kat hati aku teruk sangat.

pastu doktor suruh stop makan ubat tu sampai hati aku ok balik, sampai sekarang aku dah tak follow up dengan doktor, elok je sampai sekarang, tapi aku banyak makan natural supplement la.
 
aku penah kena tibi kalenjar dalam 6 tahun lepas, doktor suruh makan ubat dia selama setahun, aku sempat makan 2 minggu je sebab efek ubat tu kat hati aku teruk sangat.

pastu doktor suruh stop makan ubat tu sampai hati aku ok balik, sampai sekarang aku dah tak follow up dengan doktor, elok je sampai sekarang, tapi aku banyak makan natural supplement la.

Ubat natural lebih baik tuan
Kurang kesan sampingan jangka panjang
 
Back
Top
Log in Register