BTC USD 77,508.4 Gold USD 4,393.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Selamat Hari Tuberkulosis Sedunia 24 Mac 2024

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,260
Points
2,836
IMG_20240324_201142_188.jpg


🫁Sambutan Hari Tibi Sedunia disambut setiap tahun pada 24 Mac sempena memperingati penemuan bakteria Mycobacterium Tuberculosis oleh Dr. Robert Koch pada 24 Mac 1882.

🩺Antara lainnya sambutan ini dilakukan untuk meningkatkan kesedaran, komitmen serta sokongan pelbagai pihak mengenai penyakit ini.

😷Tema bagi Hari Tibi Sedunia pada tahun ini adalah “Yes! We Can End TB!, yang memberi inspirasi dan harapan kepada negara dalam usaha dan strategi menamatkan epidemik tibi menjelang tahun 2035.
 
IMG_20240324_201535_927.jpg


Penyakit Tibi adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh Mycobacterium tuberculosis dan merebak melalui udara.

Jika anda mempunyai tanda dan gejala seperti demam dan batuk berpanjangan melebihi 2 minggu, kurang selera makan dan turun berat badan, anda mungkin dijangkiti Tibi.

Lakukan pemeriksaan kesihatan dan saringan penyakit Tibi di Klinik Kesihatan yang berhampiran.

Bersama-sama kita hentikan Tibi di Malaysia menjelang tahun 2035. Yes! we can end TB!

YB Datuk Seri Dzulkefly
Menteri Kesihatan Malaysia
 
Back
Top
Log in Register