TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,644
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,644
- Reaction score
- 38,260
- Points
- 2,836
Hari Sindrom Down Sedunia disambut setiap tahun pada tarikh 21 Mac dengan tema yang berbeza. Pada tahun ini, sambutan Hari Sindrom Down Sedunia bertemakan 'End the Stereotypes'.
Sehubungan dengan itu, hari Sindrom Down Sedunia ini disambut bagi memperingati dan menyatakan sokongan terhadap individu yang menghidap sindrom down.
Sindrom Down merupakan sejenis penyakit genetik yang berpunca daripada tambahan kromosom 21. Ianya juga dikenali sebagai Trisomi 21 yang menunjukkan beberapa ciri fizikal dan mempengaruhi pertumbuhan serta perkembangan otak sejak kecil.
Individu dengan Sindrom Down tergolong dalam kategori Kurang Upaya Pembelajaran kerana mereka akan mengalami lewat perkembangan, kurang upaya intelek dan berisiko tinggi menghidapi beberapa masalah kesihatan lain.
Walaubagaimanapun, dengan pengurusan yang baik, individu dengan Sindrom Down mampu berdikari dan mencapai potensi mereka dengan bantuan serta sokongan daripada semua lapisan masyarakat.