BTC USD 76,543.5 Gold USD 4,351.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Infografik: Penyakit Tuberkulosis (TB)

IMG_20240324_214957_547.jpg


Tuberkulosis menunjukkan beberapa gejala yang perlu diberi perhatian. Sekiranya terdapat gejala, anda perlu dapatkan pemeriksaan ujian kahak dan X-ray dada.

Majoriti penyakit tibi adalah tibi paru-paru, tetapi pesakit juga boleh mendapat Tibi tulang, otak, kalenjar limfa, buah pinggang dan sebagainya.

Penyakit tibi boleh berjangkit daripada pesakit kepada orang yang terdekat. Ahli keluarga dan orang yang berhampiran dengan pesakit tibi dinasihatkan untuk mendapat pemeriksaan lanjut.
 
1000220838.jpg


Penyakit Tuberkulosis (TB) adalah disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria 🦠 yang bernama ‘Mycobacterium tuberculosis’. Ia juga dikenali sebagai batuk kering. Ia disebarkan melalui udara apabila pesakit yang mempunyai kuman yang aktif batuk 😷.

⚠️ Di Malaysia seramai 26,781 orang dikesan menghidapi TB pada tahun 2023 dan mencatatkan 2,623 kematian pada tahun yang sama. Penyakit TB ini merbahaya jika tidak dirawat. Walau bagaimanapun, penyakit ini boleh sembuh dengan mendapatkan rawatan dengan segera.

Adakah anda berisiko untuk mendapat penyakit TB❓ Dapatkan pemeriksaan dan pengesahan penyakit ini di mana-mana fasiliti kesihatan.
 
1000571166.jpg


Tuberkulosis menunjukkan beberapa gejala yang perlu diberi perhatian. Sekiranya terdapat gejala, anda perlu dapatkan pemeriksaan ujian kahak dan X-ray dada.

Majoriti penyakit tibi adalah tibi paru-paru, tetapi pesakit juga boleh mendapat Tibi tulang, otak, kalenjar limfa, buah pinggang dan sebagainya.

Penyakit tibi boleh berjangkit daripada pesakit kepada orang yang terdekat. Ahli keluarga dan orang yang berhampiran dengan pesakit tibi dinasihatkan untuk mendapat pemeriksaan lanjut.

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama
 
1000571169.jpg


Penyakit Tuberkulosis (TB) adalah disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria 🦠 yang bernama ‘Mycobacterium tuberculosis’ dan turut dikenali sebagai batuk kering. Ia disebarkan melalui udara apabila pesakit yang mempunyai kuman yang aktif batuk 😷.

Penyakit TB ini merbahaya jika tidak dirawat. Walau bagaimanapun, penyakit ini boleh sembuh dengan mendapatkan rawatan dengan segera.

Adakah anda berisiko untuk mendapat penyakit TB❓

Dapatkan pemeriksaan dan pengesahan penyakit ini di mana-mana fasiliti kesihatan.

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama
 
Kat opis tempat aku keje ni, hari2 ada org batuk..lepas tu merebak. Lepas sorang, sorang batuk..keje kat tempat tertutup berhawa dingin tu lah risikonya..ada makcik tu, hari2 dia batuk..mujur hari ni dia cuti... 🤭
 
Back
Top
Log in Register