BTC USD 84,253.9 Gold USD 4,157.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tazkirah Sheikh Nuruddin al Banjari

cay3869

Active+ Member
Messages
3,096
Joined
Mar 11, 2007
Messages
3,096
Reaction score
43
Points
30
Perkongsian tazkirah Sheikh Nuruddin al Banjari sebentar tadi di Masjid At-Taqwa, Kuching

--------------------------------

Topik 1: Sebarkan Salam
Sebarkan salam sesama kita sama ada kepada orang yang dikenal ataupun tidak dikenali.
Dalam ucapan salam mengandungi doa kesejahteraan merangkumi kesihatan, keamanan serta kebahagiaan. Antara rahsia mengapa Rasulullah menganjurkan kita menyebarkan salam.


Topik 2: Tasbih Fatimah selepas solat

Dimulai dengan tasbih Subhanallah sebanyak 33 kali yakni Maha Suci Allah. Dalam setiap ucapan tasbih diletakkan dalam hati dengan perasaan Kebesaran Allah SWT yang memiliki segala sesuatu.

Kemudian tasbih Alhamdulillah juga 33 kali. Mengucapkan lafaz dengan tenang disertakan dalam perasaan syukur atas setiap nikmat yang Allah SWT. Nikmat kesihatan, cukup rezeki, nikmat bekeluarga, nikmat dihadirkan diri di rumah Allah SWT. Allah SWT janji jika kita bersyukur, maka Allah akan tambahkan lagi nikmat rezeki.

Tasbih Allah Akhbar sebanyak 34 kali, Allah Maha Besar. Meletakkan hanya Allah SWT Maha Besar bukannya pangkat atau kedudukan kita, bukan kepandaian kita, ilmu kita tinggi sehingga seolah-olah kita yang mampu memberi syafaat kepada semua orang.

Di dalam rumah Allah kita offkan hp, mengutamakan fokus ibadah kerana Allah SWT. Sheikh Nuruddin menceritakan satu kisah seorang (saya tak ingat nama) tentang Sultan 'offer' sesuatu kepada Ulama besar di dalam Masjidilharam akan tetapi tidak diendahkan oleh ulama tersebut. Sultan berasa marah sehingga sanggup menunggu ulama tersebut di pintu masjid.

Apabila ulama bertanya apa yang tawarkan sebentar tadi di dalam masjid, adakah dijanjikan syurga? Tidak.. Adakah jaminan keselamatan dari api neraka? Tidak.. Justeru itu apa dia yang tuan tawarkan kepada saya, tanya ulama tersebut. Apa-apa saja berkenaan dengan duniawi jawab Sultan. Lantas ulama itu memberitahu Maha Suci Allah, dengan Allah SWT Maha Pencipta pun aku tidak minta berkenaan dengan duniawi apatah lagi dengan kita sesama makhlukNya apatah lagi di dalam Rumah Allah.


Topik 3: Adab sebagai seorang muslim

Sifat seorang muslim terpancar melalui akhlaknya. Jika elok akhlaknya maka mampu menjadi sumber hidayah kepada semua orang. Rasulullah saw menjalankan dakwah dengan penuh hikmah dan bersangka baik.

Semoga catitan ringkas saya ini dapat memberi manfaat buat diri dan juga anda semua. Maaf jika ada poin yang terlepas sebab semasa Sheikh memberi tazkirah, tiada gambar atau catatan dapat dibuat kerana handphone ditakdirkan lowbatt.
 
subhanallah..seminggu sblum ramadhan baru2 ni pun syeikh ada dtg kat tmpat kami..alhamdulillah x terlepas semua kuliah beliau..
 
Back
Top
Log in Register