ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Rohizad (kanan) melawat sekitar pasar raya TMC Bangsar ketika pelancaran program Jualan Promosi Produk Segar Dari Ladang.
LEMBAGA Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan membekalkan enam tan metrik buah-buahan segar bernilai RM12,000 ke seluruh pasar raya Giant.
Program tersebut bersempena kempen Jualan Promosi Produk Segar Dari Ladang melibatkan lima jenis buah tempatan seperti nenas Josephine, tembikai, honey dew, rock melon dan mangga sala.
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Rohizad Ridzwan berkata, program itu untuk membantu pasar raya dan pembeli melalui penawaran harga rendah dengan buah berkualiti tinggi.
"Dalam situasi ini, kedua-dua pihak mendapat faedah dan berjimat dari segi perbelanjaan.
"Selain itu, pelbagai produk berasaskan buah seperti jus, kuih, kek dan sebagainya diperkenalkan kepada pengunjung sempena pelancaran program ini," katanya ketika di temui di pasar raya TMC Bangsar.
Beliau berkata, harga yang ditawarkan bagi sekilogram bermula RM1.49 hingga RM4.99, lebih rendah daripada pemborong atau peruncit lain.
"Kami juga menawarkan buah-buahan bermusim bagi bulan Jun hingga September kepada pembeli nanti.
"Saya berharap dengan kerjasama ini dapat menggalakkan masyarakat membeli buah tempatan dan membantu golongan petani," katanya.
Dalam masa sama, Rohizad menjangkakan nilai jualan sebanyak RM0.5 bilion dalam tempoh setahun dengan jumlah bekalan tiga juta tan metrik.
Katanya, Giant menyediakan platform kepada Fama menjual pelbagai jenis buah tempatan dengan harga murah berbanding pasaran iaitu 5 hingga 20 peratus.