BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lebih 600 Jemaah Tawar Diri Jadi Sahabat Maktab

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
4c1c825dcc38d69e5dca57e32f02febf69fdab662f503

4598b9be14d2b3494f2d027139efb77669fdab7d1f8c5

05f72fc88fb95faa82e2371298056c7869fdab91a5846


Bukan sekadar hadir sebagai tetamu Allah, tetapi lebih 600 jemaah haji Malaysia musim ini turut menawarkan diri menjadi sukarelawan menerusi program Sahabat Maktab bagi membantu kelancaran operasi haji di Tanah Suci.

Meskipun daripada jumlah itu, hanya 180 individu dipilih untuk membantu pengurusan dan kebajikan jemaah di enam maktab Muassasah, Ketua Rombongan Haji Malaysia Mohd Hisham Harun menyifatkan sambutan luar biasa itu sebagai bukti semangat kebersamaan dan kesukarelawan yang tinggi dalam kalangan jemaah haji Malaysia.

“Ini satu perkembangan yang sangat positif. Mereka datang sebagai tetamu Allah tetapi pada masa sama mahu menyumbang tenaga dan membantu kelancaran operasi haji.

“Walaupun tiada imbuhan, ramai yang berminat kerana mereka melihat membantu jemaah lain juga sebahagian daripada ibadah,” katanya kepada media selepas pelancaran program Sahabat Maktab, di sini, hari ini.

Katanya, Sahabat Maktab memainkan peranan penting terutama ketika operasi masyair melibatkan pergerakan jemaah dari Makkah ke Arafah, Muzdalifah dan Mina.

Mohd Hisham berkata antara tugas yang digalas sukarelawan tersebut ialah membantu menguruskan pergerakan jemaah, menunjukkan laluan khemah, membantu warga emas dan jemaah uzur selain memastikan proses menaiki serta turun bas berjalan lancar.

Beliau berkata pemilihan sukarelawan dibuat berdasarkan tahap kesihatan, kecergasan fizikal serta latar belakang tertentu termasuk bidang perubatan dan ibadah.

Sementara itu, peguam dan juga penasihat undang-undang, Hairul Iswandy Kadai, 47, menganggap peluang menjadi Sahabat Maktab sebagai ruang berbakti membantu tetamu Allah.

 
Back
Top
Log in Register