kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,716
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,716
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
 lebih 600 Pelajar Sertai Jerayawara Kesedaran Isu Sosial Zon Selatan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Hasan (berdiri tengah) bersama barisan tetamu kehormat bergambar kenangan bersama pelajar-pelajar pada Program Jerayawara Kesedaran Isu Sosial (J-KIS) di Auditorium Al-Azim hari ini.
Lebih 600 pelajar dari Melaka, Negeri Sembilan dan Johor menyertai Program Jerayawara Kesedaran Isu Sosial (J-KIS) Zon Selatan 2026 di Auditorium Al-Azim, Bukit Palah, di sini hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata program anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu bertujuan memupuk kesedaran dalam kalangan peserta berkaitan isu-isu sosial yang berlaku di dalam negara ketika ini.
"Kita panggil pakar-pakar dan juga mereka yang terlibat, termasuk pihak berkuasa, berkongsi tentang isu-isu sosial semasa dan juga kita beri bimbingan dan panduan kepada anak-anak.
"Program ini merupakan siri kedua diadakan selepas Zon Utara, baru-baru ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program berkenaan.
Beliau berkata kerajaan mengambil langkah mempersiap diri remaja dengan ilmu pengetahuan agar mereka mampu berdepan dengan cabaran isu sosial yang semakin kompleks pada masa ini.
Zulkifli berkata program itu bukan sekadar memberikan ceramah kepada peserta yang hadir, tetapi turut menyediakan aktiviti lain seperi kuiz, permainan dan pameran oleh agensi-agensi kerajaan seperti polis dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).
Sementara itu, ditanya tentang pindaan terhadap Akta Tabung Haji 1995 [Akta 535], Zulkifli berkata cadangan berkaitan perkara tersebut sedang dilaksanakan pihak berkaitan.
"Semua kerja sedang dan telah pun dilaksanakan dan akan dipergiatkan lagi, insya-Allah. Ia akan dilaksanakan sebaiknya," katanya.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata kerajaan akan melaksanakan pindaan terhadap Akta 535 bagi memastikan amanah umat Islam terus dipelihara.