BTC USD 63,533.9 Gold USD 4,463.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tauke emas cedera ditembak

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
xpix_gal1.pagespeed.ic.tFPJGnBPVR.webp


KOTA BHARU: Seorang peniaga emas yang sedang memandu kereta Mercedes Benz dalam perjalanan pulang ke rumahnya di di Kampung Sering di sini, malam tadi nyaris terbunuh selepas ditembak seorang pembonceng motosikal.

Dalam kejadian kira-kira 100 meter dari kediamannya, Lokman Zakaria, 49, cedera di belakang bahu kanan dan lengan kiri selepas terkena dua daripada empat das tembakan dilepaskan lelaki itu, kira-kira 7.40 malam.

Lokman yang cedera ditembak oleh seorang daripada dua lelaki yang menaiki motosikal jenis Yamaha LC berwarna gelap itu, gagal mengawal kenderaannya menyebabkan terbabas dan melanggar pokok.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, mangsa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian oleh penduduk kampung untuk rawatan kecederaannya.

Menurutnya, mangsa dilaporkan stabil selepas diberikan rawatan.


Beliau berkata, motif kejadian masih disiasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.




sumber:http://www.hmetro.com.my/articles/Taukehemascederaditembak//Article?HarianMetro
 
kena pakai tinted kalis peluru la cam ni.....
 
Kes nie ada kaitan dengan harga XauUsd jatuh semalam tak?

Luqmanul Hakim @ CariGold.com
 
la nie semua pulun duit jer...hilang pertimbangan dah..rakan saya di seri iskandar pon kena curi kereta poche kul 12 tghari pon boleh hilang...
 
cuba buat ops kongsi dalam kalangan melayu pulak
 
ni, hanya nak bunuh aja ke ?

.... bkan utk meromak kot !
 
Back
Top
Log in Register