BTC USD 84,835.5 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tarekat sufi

Ustaz Rasul Dahri dilahirkan di Singapura pada 27hb Mei 1953. Beliau merupakan warganegara Singapura walaupun buat masakini beliau menetap di Johor Bahru, Malaysia bersama keluarga.

1973 - Menengah 3 di Madrasah Al-Junied, Singapura;
1974 - Menengah 4 di Madrasah Masyhur, Pulau Pinang
1983 - BA Syariah & Usulludin, Ummul Qura, Saudi Arabia

patut la..
belajar kat Saudi..
confirm Wahabi..
 
bro, kalo takat hujah pakai lagu tu, buat malu ISLAM je. aku tak tgk video tu sbb aku tak minat :))

tp sekurang2nya kalo nak kondem, tgk video tu pastu berhujah pakai dalil.

aku malas nak pikir wahabi ke, syiah ke, asalkan gucap syahadah tu betul, aku anggap sedara je.

musuh kita tu yahudi yg tgh dok tindas org islam palestin tp kita kat sini masih dok bertekak pasal fahaman agama. kembali pada yg pokok dah la.

kau dah pasti ker wahabi tu bawa Islam? Kau pasti ker apa yang kau katakan itu?
Dan aku nak tanya kau, macam mana kau tahu yang dalam forumer dlm nie tak belajar agama dan hanya belajar melalui internet?
Dan kalau kau berani buat tuduhan begitu, aku nak jumpa kau sgt lah beb....sebab kau nie mungkin alim dan hanya menilai org macam tu jer...
Kan dah suruh baca sejarah mana dtgnya wahabi niee....dah terang2 ia datang dari YAHUDI!!!! Itu pasal suruh baca, IQRA, kau malas baca..tau nak hantam jer...
 
jadi akhirnya pengamal tarikat sendiri tak berani nak mengaku mereka dari jamaah tarikat

bersemangat je nak baca penulisan abg nie...ada masa sambung la lagi...adik nie merasakan diri begitu kerdil dalam selok belok agama... :(
 
nampak gayanya bukan abg nazim yg saya kenal tu, tapi mmg satu aliran la kita, teruskan menulis, saya ni risalah yg 6 bahagian tu pun tak terkhatam2 lagi

takper apa yang saya tulis bukan ada apa apa pun hanya lah sebagai perkenalan tarikat jer takder paper kot rajin tengok buku tarikat lagi lengkap kita boleh dapat saya pun cedok dari sana juga maklumlah orang kurang ilmu mcm saya ni cedok sana cedok sini biasa lah niat cuma nak menyampaikan ilmu tuhan jer takder pape
 
sila...sila bro....

sambung lagik panjang2..

anak murid duk bersila depan nie:">

janganlah cakap mcmtu saya yang kurang ilmu dan amal ni cuma nak berkongsi dengan sedikit apa yang tuhan kurniakan kat saya mudahmudahan dengan berkongsi pengetahuan maka pengetahuan saya akan bertambahlagi
 
ramai orang salah faham tariqat ni sebagai "short cut" kepada syurga..

Islam itu mudah..tapi jangan pula kita memudahkan Islam :)

surga itu disiapkan bagi mereka yang beriman dan jaminan bagi mereka yang bertaqwa bagi ahli thariqat mereka hanya ingin jaminan sahaja bukan short cut saya tak pasti kot ada yang ambil jalan shoort cut dengan tariqqat untuk samapai ke syurga

insyaallah dalam tulisan saya akan datang saya akan huraikan erti taqwa dan hubungan nya dengan thariqat

secara ringkas orang akan mengatakan taqwa dan khauf sama iaitu takut tapi imam ghazali pula kata lain apa yang lain insyaallah saya akan ceritakan akan datang dalam tulisan saya yang selanjut lanjutnya insyaallah
 
bersemangat je nak baca penulisan abg nie...ada masa sambung la lagi...adik nie merasakan diri begitu kerdil dalam selok belok agama... :(

ala dik abang pun tengah blaja lagi kurang ilmu kurang amal kot abang cakap mcmni orang kata merendah diri tapi sebenarnya itulah yang abang rasa dengan diri sentiasa merasa kurang tak pernah rasa cukup cukup pun kira kita ni sama lah
 
kebenaran thariqat ahli sufi 4

sejarah ringkas thariqat ahli sufi 3

disini sebelum saya melanjutkan sejarah ringkas thariqat ahli sufi saya ingin memberikan pengertian perkataan sufi dahulu perkataan sufi terdapat banyak pendapat asal perkataan tersebut ada yang menyatakan perkataan sufi diambil dari perkataan ahli suffah iaitu satu golongan miskin yang duduk di serambi masjid madinah oleh kerana mereka terlalu miskin mereka ini tidak berumah dan berharta mereka akan sentiasa bersedia ketika ada peperangan dan akan ikut serta dalam peperangan untuk mempertahankan agama dan negara madinah ketika itu

selain itu ada juga yang menyatakan asal perkataan sufi adalah berasal dari perkataan baju bulu domba yang di pakai oleh mereka iaitu shuff tapi yang sebenarnya hanya allah lebih mengetahui dan bagi saya juga bukanlah perkara penting untuk mengetahui asal usul nama golongan sufi ini yang penting untuk memahami dan mengamalkan ajaran mereka itu adalah lebih penting lagibagi pendapat saya yang dhaif lagi jahil ini

disini saya ingin menceritakan kisah turunnya wahyu yang pertama dari kaca mata pandangan ulama sufi. ketika nabi muhammad belum di utus menjadi rasul beliau telah menjalani khalwat di gua hirak dengan mengamal kan agama islam yang telah disyariatkan kepada nabi allah ibrahim.sehinggalah pada suatu hari datanglah malaikat jibrail kepada beliau dan beliau telah diselubungkan oleh malaikat jibrail ada separuh kata dengan serban jibrail ada separuh pendapat dengan serban nabi ada yang kata tak diselubungkan yang sebenarnya wallahua'lam selanjutnya malaikat jibrail pun telah memeluk nabi seraya berkata iqra iqra ya muhammad maknanya lebih kurang baca bacalah wahai muhammad ,maka nabi muhammad pun menjawab ma ana biqariin dalam bahasa kita aku tak tau bacalah memang telah termasyhur dikalangan umat islam bahawa nabi muhammad memang tak tau membaca malaikat jibrail telah mengulangi perbuatan itu sebanyak tiga kali dan tiga kali juga lah nabi muhammad menjawab jawaban yang sama sehinggalah malaikat jibrail membacakan kepada nabi wahyu yang pertama bacalah wahai muhammad dengan nama tuhanmu yang menjadikan(sehingga akhir ayat)

cuba kita sama sama ambil pen dan kertas tuliskan nama tuhan kita yang maha menjadikan saya rasa kot kita tulis perkataan rumi perkataan itu pasti akan di tulis begini ALLAH jika dalam tulisan arab saya tak dapat tulis sebab saya tak tahu mcmner nak masukkan tulisan arab kat sini dari situlah para ulama sufi telah menjadikan dalil utama mereka mengamalkan zikrullah dengan menyebut dan membaca kalimah itu sebanyak banyaknya adakalanya jelas adakalanya seperti dalam thariqat naqsyabandiah hanya membaca dalam hati

mereka akan membaca dalam keadaan berdiri bangun berlari makan minum tidur malah dalam apa keadaan hal sekalipun contohnya satu aliran thariqat yang telah di perkenalkan oleh tuan syekh syamsudin al wali di turki kot nak tau senang jer mungkin kita pernah melihat jejak rasul di turki dan kita akan melihat tarian sufi yang berpusing pusing dengan jubah yang longgar dan akan membentuk seperti cendawan jika kat malaysia sahih dah kena cop sesat wal bidaah wal khurafat wal entah hapa hapa lagi yang memang tak bagus punya perkataan sedangkan tn syekh syamssudin al wali ini adalah wali yullah yang amat terkenal keramatnya

tapi yang menghairankan bila kita tengok tarian gelek atau penyanyi menari tergelek gelek tergedik gedik takder pun sapa nak kata mereka tu sesat dan bidaah malah kita pun turut serta menontonnya bukan nak kata ornag lain saya sendiri pun minat dulu dulu lah waktu zaman jahiliah tapi sekarang dah insaf. kadang kadang jer tengok tupun kot terrrrrrrrrtengok maklumlah orang yang masih karam di lautan dosa lagi mcmnilah, sedangkan mereka yang ahli thariqat ini menyanyikan zikrullah berbanding penyayi tu menyanyikan ayat ayat dan syair syair syaitan .betapa prejudisnya masyarakat islam hari ini terhadap para ahli thariqat insyaallah saya akan cuba menerangkan dengan lebih lanjut lagi perkara ini dalam pro dan kontra dalam thariqat sekarang saya nak tumpukan pada sejarah perkembangan thariqat ahli sufi

pernahkah kita memikirkan apakah amalan islam yang telah diamalkan oleh orang islam sebelum di syariatkan ibadah solat 5 waktu seperti mana yang telah kita maklum bahawa solat lima waktu hanya disyariat selepas nabi melalui proses israk dan mikraj.yang lebih menghairankan iman mereka yang belum melakukan solat lima waktu lebih utoh dari kita yang mengamalkan solat ,bukanlah saya mengatakan jangan solat saya ingin kita sama sama memikirkan apakah amalan mereka yang membuatkan mereaka mempunyai iman yang amat kukuh.sehingga disiksa dicerca di ntah hapa hapa lagi senang cakap semua yang tak baik mereka tetap berpegang kepada tali allah, jawapan nya mudah mereka mengamalkan rukun islam yang pertama insyaallah saya akan menerangkan apakah hubungan rukun islam yang pertama dengan thariqat ahli sufi ini dan cara mengamalkan rukun islam pertama menurut al quran

insyaallah saya akan terus menulis di masa akan datang dengan izin dari tuhan jua
 
Last edited:
syukur pada Allah...dapat juga tambah ilmu nie sikit2...
ada masa abg nazim tambah la lagi..
 
syukur pada Allah...dapat juga tambah ilmu nie sikit2...
ada masa abg nazim tambah la lagi..

insyaallah saya akan sentiasa memberikan update untuk thread ini bagi memberi kefahaman kepada orang awam berkenaan dengan thariqat ahli sufi supaya tidak timbul fitnah

sebenarnya kita orang thariqat ni sama jer macam orang awam lain mereka bersyahadah kita pun sama mereka solat kita pun sama mereka bayo zakat begitu juga kita mereka puasa kitapun buat juga mereka haji kita pun kena jua yang membezakan adalah mereka tak zikir kita tambah satu lagi kita orang thariqat berzikir

senang cakap seperti objektif utama thariqat naqsyabandiah iaitu mengabdikan diri kepada tuhan zahir dan batin dalam hal keadaan berkepanjangan mengingati tuhan itulah objektif utama kami orang thariqat

cuma baru baru ni saya baru kena menjadi mentor untuk beberapa ahli baru yang nak bertharikat jadi saya kena memberi tumpuan kepada mereka oleh itu kemungkinan saya akan kurang sikit di sini

namun insyaallah saya tetap akan cuba berkongsi kongsi pendapat berkenaan thariqat ahli sufi dengan tujuan utama untuk mengulangkaji apa yang pernah saya pelajari dan mengingati diri saya yang senantiasa lalai salah dan karam dilautan dosa disamping itu juga untuk menarik seramai mungkin hati manusia kehadratullah atau sekurang kurang nya bagi menghentikan salah faham orang awam terhadap ilmu thariqat ini insyaallah
 
Back
Top
Log in Register