BTC USD 84,835.5 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tarekat sufi

tu macam gambar syeikh wahab rokan aje, naqshbandi al khalidi jugak ke? sekarang selalu mengaji kat mana?
 
ni abg nazim ke? amboi boring2 mai sini online la pulak ye huhuhu
 
ni abg nazim ke? amboi boring2 mai sini online la pulak ye huhuhu

sori off topic jap

yelahtu gambartu gambar tuan syekh abdul wahab rokan qutubuzzaman di sebelah timur di zamannya bukan senang nak dapat gambar asli beliau selalu gambar lukisan dan menjadi tanda kat para jamaah tarikat naqsyabandiah alkholidi yang telah di kembangkan beliau di daerah tanah jawi

hehehehe bab mengaji ni yang lomah den selalu saya mengaji kat air tawar perak dan pernah gak mengaji kat besilam

boleh sy tau tuan ni saper dan tuan kenal ker saya sampai panggil abang ni hehehehe
 
kebenaran thariqat ahli sufi 3

sejarah ringkas thariqat ahli sufi 2

seperti mana yang telah kita maklum allah swt telah menurunkan wahyu nya kepada nabi muhammad melalui malaikat jibrail.dan jika kita kaji balik sejarah perkembangan ilmu islam kita pasti akan sedar di zaman rasullullah belum ada lagi pengkhususan ilmu islam seperti zaman sekarang ini iaitu dalam bentuk ilmu feqah tauhid atau usuluddin dan tasawuf semua ilmu ilmu itu hanyalah di kenali sebagai ilmu islam di zaman nabi

hanya pada zaman tabiin sahaja bermulalah penyusunan ilmu islam dimana ilmu islam di bahagi kan kepada beberapa bahagian dan yang fardhu ain seperti mana yang tersebut dalam kitab ihya ulumuddin iaitu ilmu tauhid atau ilmu usulluddin dan ilmu tasawuf di mana setiap bidang ini membicarakan bidang bidang tertentu

pembicaraan ilmu feqah meliputi bahagian

1-bab ibadat zahir seperti sembahyang puasa zakat haji dan lainlain
2-muamalat membicarakan berjual beli sewa dan lain lain
3-munakahat membicarakan bab nikah kahwin dan lain lain
4-jinayat membicarakan bab hukuman hudud takzir dan lain lain

bagi bahagian 1-3 mengikut imam ghazali wajib dipelajari tapi tidak perlulah sampai ketahap perbandingan mazhab manakala bagi bahagian 4 pula adalah kewajipan pemerintah melaksanakan jika mereka tidak melaksanakan adalah dosa, diantara pengijtihad dalam bidang ini yang terkenal ialah imam syafiei imam hanbali imam maliki dan imam hanafi

manakala ilmu tauhid pula membicarakan

1-bab keesaan tuhan
2-bab kenabian
3-bab perkara langit dan perkara ghaib

kesemua diatas wajib di pelajari mengikut imam ghazali tapi tidak perlulah sampai ketahap perbandingan mazhab diantara para ijtihad dalam bidang ini ialah al asyari al maturidi dan lain lain

manakala bagi ilmu tasawuf membicarakan 10 sifat mahmudah dan 10 sifat mazmumah dan telah diijtihadkan oleh syekh junaid al baghdadi

menurut imam ghazali dalam kitab ihya ulumuddin kesemua ilmu diatas adalah ilmu fardhu ain dipelajari dan di amalkan oelh setiap orang islam

jadi persoalannya dimanakah kedudukan tarikat ahli sufi pula sebenarnya tasawuf itu adalah hasil daripada tarikat tiada satu jalan pun kita boleh dapat mengamalkan ilmu tasawuf hanya dengan melalui ilmu tarikat ahli sufi sahajalah kita akan dapat menghayati dan mengamalkan ajaran ajaran tasawuf ini

malah hujjatul islam al imamul ghazali juga pernah berkata di dalam kitab beliau yang berjudul ihya ulumuddin barangsiapa yang tidak mengambil perbendaharaan golongan kami ahli sufi ditakuti mereka akan mati dalam keadaan mengekali dosa besar

malah kesemua imam imam mazhab feqah iaitu imam syafiei hanbali maliki dan hanafi adalah pengamal tarikat ahli sufi malah imam ghazali sendiri telah mengambil baiah tarikat naqsyabandiah melalui tuan syekh ali al farmadi silsilahh tariqat naqsyabandiah yang kelapan dan beliau telah melaksankan suluk selama 120 hari kemudian terbukalah hijab sehingga membawa beliau mengarang kitab ihya ulumuddin dimana kitab beliau ini telah segar sepanjang zaman sehingga sekarang kebanyakan ulama masih merujuk kitab tersebut tetapi sayang allah lebih meyayangi beliau dimana beliau telah kembali berlindung dalam usia yang agak muda tidak sampai 60 tahun pun.

kejayaan imam ghazali dalam islam adalah kerana beliau telah dapat mengharmonikan antara syariat dan hakikat dalam bentuk teori dan amali itulah sebab kita sangat berhutang budi dengan beliau mudahmudahan allah memberikan rahmat yang di janjikan kepada insan mulia seperti beliau

tetapi apa yang menghairankan bagaimana wujud manusia yang bukan sahaja enggan menerima malah memusuhi thariqat ahli sufi sehingga di tuduh sesat dan menyeleweng

persoalan yang timbul adakah golongan ini merasakan ilmu amalan dan sumbangan mereka lebih tinggi dan lebih baik lagi dari imam ghazali terus terang saya katakan jika ada satu tempat tujuh petala bumi dibawah tapak kaki imam ghazali itulah kedudukan amalan ilmu dan sumbangan mereka jika hendak dibandingkan mereka dengan imam ghazali

marilah kita bersama sama bermuhasabah diri sejauhmanakah ilmu ilmu diatas telah kita pelajari dalam kehidupan kita sedangkan kita telah mempelajari berbagai ilmu fardhu kifayah tapi malangnya ada sebahagian ilmu fardhu ain telah tercicir imam ghazali pernah menulis dalam ihya bahawa golongan ini adalah antara goloongan yang terpedaya dengan amal iaitu mempelajari ilmu fardhu ain tapi meninggalkan ilmu fardhu kifayah

tak sampai lagi sejarah ringkas thariqat ahli sufi rupa rupanya insyaallah saya akan terus menulis berkaitan sejarah ringkas tarikat ahli sufi bagi memberi kefahaman kepada kita semua berkenaan thariqat, ini kerana thariqat ini telah teruk terfitnah di zaman sekarang
 
tarikat2 ni ada yg zikir2 kuat2 bagai kan....den x pandai bona bab2 agamo nih...tp masuk dlm youtube mcm2 ada...:D
 
tarikat2 ni ada yg zikir2 kuat2 bagai kan....den x pandai bona bab2 agamo nih...tp masuk dlm youtube mcm2 ada...:D

itu sebab nya saya akan cuba berkongsi pendapt berkenaan tarikat ni supaya jangan ada salah ffaham tentang tarikat ni bukan apa bila kena tarikat orang terus kata ajaran sesat sampai tarikat ni dah sinonim dengan ajaran sesat sedangkan tarikat ni adalah salah satu dari cabang ajaran islam

kebanyakan orang tidak memahami tarikat sehingga menganggap tarikat ini adalah ajaran asing dan bidaah

saya memang tak nafikan wujud tarikat tarikat yang sesat namun janganlah kita pukul rata semua tarikat ni sesat bukankah tidak adil namanya malah media masssa pun bila kena tarikat sesat bukan main lagi mereka war warkan namun bila yang betul takder pula mereaka nak cerita

jadi akhirnya pengamal tarikat sendiri tak berani nak mengaku mereka dari jamaah tarikat
 
nampak gayanya bukan abg nazim yg saya kenal tu, tapi mmg satu aliran la kita, teruskan menulis, saya ni risalah yg 6 bahagian tu pun tak terkhatam2 lagi
 
kebenaran thariqat ahli sufi 1

1-pengertian

thariqat dari sudut bahasa adalah jalam ,cara ,garis,kedudukan ,keyakinan dan agama

manakala thariqat dari sudut pandangan ahli sufi pula ialah jalan kepada allah dengan mengamalkam ilmu tauhid feqah dan tasawuf

kesimpulannya thariqat adalah bermaksud jalan dan cara untuk mendekatkan diri kepada allah dnegan mengamalkan ilmu feqah tauhid dan tasawuf bagi mendapatkan keredhaan nya supaya kita diterima sebagai hamba dan seterusnya memperoleh rahmatnya

di sini saya tidak mengatakan bahawa thariqat adalah satu satunya cara untuk mendapatkan rahmat allah tetapi thariqat adalah salah satu jalan untuk mendapatkan rahmat allah yang telah di jalani oleh para ahli sufi dan para wali allah dan telah banyak menghasilkan ramai wali allah sehinggan di kurniakan karamah tanda mereka itu adalah wali allah yang seterusnya dapat menunjukkan kemuliaan mereka di siisi allah

tapi jangan pula salah faham bukanlah tujuan kita untuk mendapatkan karamah dalam menjalani thariqat tetapi tujuannya adalah untuk mendapatkan keredhaan allah dalam melalui jalan ini tapi tak salah mengharap menjadi wali allah kerana wali allah ada lah mereka yang dikasihi oleh allah jika kita tidak mempunyai cita cita untuk menjadi mereka yang dikasihi oleh allah itu bermakna kita bercita cita sebaliknya iaitu mereka yang di benci oleh allah nauzubillah .........

nanti kot saya lapang saya akan sambung pula dengan sejarah ringkas thariqat..............

sila...sila bro....

sambung lagik panjang2..

anak murid duk bersila depan nie:">
 
ramai orang salah faham tariqat ni sebagai "short cut" kepada syurga..

Islam itu mudah..tapi jangan pula kita memudahkan Islam :)
 
ramai orang salah faham tariqat ni sebagai "short cut" kepada syurga..

Islam itu mudah..tapi jangan pula kita memudahkan Islam :)

apa amalan ahli tarekat smpai diaorg bole masuk syurga
ikut jln short cut ni?
teringin jugak aku nak tau.
mana la tau kot2 aku bole tumpang tui ka.
 
Back
Top
Log in Register