BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tangguh tol LPT2

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

KERJA-KERJA penyediaan prasarana, penyelenggaraan dan baik pulih jalan masih dilakukan di Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 sepanjang 184 kilometer. UTUSAN/AZLAN BAHRUM​

KUALA TERENGGANU 21 Ogos - Kutipan tol bagi Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) sepanjang 184 kilometer yang dijadualkan bermula September ini kemungkinan akan ditunda ke penghujung tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Ir. Rosli Othman berkata, langkah itu berikutan kerja-kerja penyediaan prasarana, penyelenggaraan dan baik pulih jalan masih belum selesai.

“Saya dimaklumkan bahawa kerja-kerja persiapan ke arah proses kutip tol masih lagi berjalan dan kita juga masih menunggu maklumat terkini dari Kementerian Kerja Raya dan dijangka bermula Disember ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Pelancaran Perayaan Bulan Kebangsaan Dan Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohd. Zubir Embong di sini semalam.

Menurut beliau, ketika ini kerja-kerja membaiki lebuh raya itu sedang berjalan dan dipantau pihaknya termasuk meningkatkan lagi aspek keselamatan, khususnya menggantikan pagar-pagar yang runtuh, rosak dan juga membaik pulih jalan beralun dan tidak rata.

Mengenai kemalangan yang sering berlaku di sepanjang lebuh raya itu, Rosli berkata, beberapa faktor telah dikenal pasti, namun kebanyakannya adalah melibatkan kecuaian pengguna.

“Daripada maklumat yang kita peroleh, kemalangan kerap berlaku bukan di kawasan jalan yang tidak rata tetapi kebanyakannya di jalan yang lurus. Justeru, orang ramai dinasihatkan berhati-hati ketika memandu,” ujarnya.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman baru-baru ini menggesa pihak konsesi yang bakal dilantik menguruskan LPT2 kelak agar mempercepatkan penyediaan tempat rehat yang sempurna di setiap kawasan rehat dan rawat (R&R) di lebuh raya itu.

Menurut Ahmad Razif, langkah itu penting bagi memberi lebih keselesaan kepada pengguna untuk berehat dan menyegarkan diri sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.

Katanya, difahamkan keputusan mengenai konsesi bagi LPT2 hanya akan diketahui antara September hingga Disember ini.
 
jika guna duit royalti minyak terengganu,rakyat terengganu boleh guna LPT percuma atau dgn lebih murah lagi.
 
patutnya biarlah siap semua hentian pastu baiki jalanbiar elok
 
Hiway ni x patut ada tol

Kualiti jalan teruk

Memang la ramai yg accident jln lurus, tapi jalan beralun, air hujan bertakung.
 
saya cdg tol ni takde kutipan tol forever. bgs utk rakyat
 
Back
Top
Log in Register