BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Empat Cedera Dalam Kemalangan Babitkan Lima Kenderaan Di LPT2

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Empat Cedera Dalam Kemalangan Babitkan Lima Kenderaan Di LPT2​

4c0bed95ba5457a8466aadef29cc319b6a15c1720be82

bf72de0a803e0eddab03aec6999f791a6a15c17bca752

1c05323e31c6e7c4153749f54b358bf16a15c18572346

Foto: JBPM

Empat cedera termasuk dua kanak-kanak manakala 14 lagi terselamat dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 337.7 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Paka dekat sini malam ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Paka Pegawai Bomba Kanan II Mohd Bakri Abdul Rahman berkata dalam kejadian pada 7.30 malam itu, keempat-empat mangsa menaiki kereta Nissan Almera.

“Kesemua mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Dungun oleh ambulans Angkatan Pertahanan Awam untuk menerima rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Mohd Bakri berkata mangsa yang terselamat pula melibatkan dua individu yang menaiki sebuah kereta Toyota Vios dan dua lagi yang menaiki Proton Persona.

Beliau berkata enam lagi termasuk empat kanak-kanak yang terselamat menaiki kenderaan pelbagai guna Toyota Vellfire manakala empat lagi termasuk dua kanak-kanak menaiki kereta Perodua Ativa.

“Anggota bertindak membuat pemantauan bagi memastikan tiada lagi mangsa yang cedera di lokasi untuk dibawa ke hospital,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register