combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir
Isu membabitkan Universiti Malaya (UM) dan sebuah pertubuhan pelajar berkaitan penggunaan logo universiti itu perlu ditangani melalui pendekatan yang lebih konstruktif dan berhemah.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata isu berkaitan penggunaan identiti atau logo universiti itu yang sekiranya menimbulkan kekeliruan atau pelanggaran prosedur wajar diselesaikan terlebih dahulu melalui perbincangan antara pihak universiti dan pelajar.
“Saya mengikuti perkembangan terkini yang melibatkan isu surat tuntutan (LOD) yang dihantar oleh UM kepada sebuah pertubuhan pelajar berkaitan penggunaan logo UM.
“Pendekatan dialog dan rundingan adalah lebih selari dengan semangat ekosistem universiti yang berteraskan keterbukaan, pendidikan serta pembangunan kepimpinan mahasiswa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Zambry berkata perkara sebegini tidak seharusnya dipanjangkan sehingga ke peringkat tindakan undang-undang sekiranya masih terdapat ruang untuk penyelesaian secara baik antara kedua-dua pihak.
“Pada masa yang sama, saya ingin menegaskan bahawa persatuan atau gerakan pelajar yang aktif sama ada berdaftar secara rasmi dengan universiti ataupun tidak, perlu sentiasa menghormati peraturan dan garis panduan yang ditetapkan oleh pihak universiti.
“Ia khususnya dalam hal yang melibatkan penggunaan nama, logo dan identiti institusi,” katanya.
Sekiranya terdapat persatuan yang tidak berdaftar, beliau berkata pihak universiti juga boleh mengambil pendekatan yang lebih mendidik dengan memanggil serta memberikan panduan yang sewajarnya kepada mereka.
“Saya berharap pihak UM akan mengambil langkah yang lebih proaktif dan konsultatif dalam menangani isu ini manakala pihak pelajar pula diharapkan dapat mendekati perkara ini dengan sikap terbuka serta semangat untuk mencari penyelesaian terbaik demi kepentingan bersama.
Tangani Isu Antara UM, Pertubuhan Pelajar Menerusi Rundingan - Zambry
Zambry, undang-undang, Universiti Malaya, logo, pe