oldtbone
Legendary Member

- Messages
- 17,323
- Joined
- May 25, 2012
- Messages
- 17,323
- Reaction score
- 3,695
- Points
- 191
PASUKAN Bomba dan Penyelamat mengeluarkan tangan pemandu yang tersepit selepas keretanya terbabas lalu terbalik ke dalam tebing di Jalan Batang Kali, Hulu Selangor, Selangor pagi tadi. - UTUSAN ONLINE
KUALA LUMPUR 3 Okt.- Seorang lelaki berdepan detik cemas selepas tangannya tersepit akibat dihempap kenderaan dipandunya dalam kejadian di Jalan Batang Kali, Hulu Selangor dekat sini pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.50 pagi itu, mangsa, Abdul Hamid Abdul Manan, 54, berjaya diselamatkan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu.
Jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, kejadian berlaku apabila kereta Proton Wira yang dipandu mangsa terbabas ke dalam tebing sebelum terbalik sehingga mengakibat tangannya dihempap kereta tersebut.
“Kita telah menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4.56 pagi dan ketika tiba di lokasi kejadian, kita mendapati terdapat seorang lelaki sedang menahan kesakitan akibat tangannya tersepit.
“Anggota terus mengangkat kereta tersebut bagi mengeluarkan tangan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini,
Tambahnya, mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk tindakan lanjut. - UTUSAN ONLINE
sumber: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/tangan-tersepit-dihempap-kereta-1.759709#ixzz5SpxQS8Jr
.