BTC USD 61,295.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tangan hampir putus ditetak

Kampung Gertak Seratus....kali yg ke 101 tetak terus!!
 
Masuk kawasan perniagaan orang lain, penjual ais batu parah ditetak

BESUT - Gara-gara memasuki kawasan jualan pihak lain, seorang penjual ais kiub cedera parah apabila kedua-dua belah lengannya ditetak tujuh lelaki dengan pedang di Kampung Gertak Seratus, Kuala Besut di sini semalam.


Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Roni berkata, sebelum kejadian,

mangsa dikatakan ingin menjual ais kiubnya kepada seorang peniaga kedai runcit di situ pada pukul 11.28 malam.

Katanya, tidak lama kemudian datang tujuh lelaki dengan menaiki dua buah kereta lalu menyerang mangsa dengan menggunakan pedang menyebabkan mangsa berlari ke tandas kedai runcit itu untuk menyembunyikan diri.

"Suspek telah mengejar mangsa hingga ke dalam tandas dan telah menetak kedua-dua lengan mangsa hingga menyebabkan pergelangan tangan kanan mangsa hampir putus," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd. Zamri berkata, mangsa telah dikejarkan ke Klinik Kesihatan Kuala Besut namun dibawa ke Hospital Besut sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan untuk rawatan. - Bernama


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.a...=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_06.htm#ixzz4IncT2Ves
 
sian org miskin..psl berebut jual air batu pun boleh tetak tgn org lain smpai putus
 
orang yang berniaga ni kekadang tak fikir halal haram
 
Mak ai...sbb masok kawasan jer. Hmm...manusia kian hilang sifat kemanusiaan. Tiada lagi budi bicara, tiada lagi nilai maruah.
 
Malaysia dah mcm Hong Kong masa byk kongsi gelap..
elok juga buat undang2 yg berat..
sape guna senjata mcm parang/parang atau pistol bole dipenjara seumur hidup dan sebatan 20 kali jika tidak menyebabkan kematian..
 
Back
Top
Log in Register