TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,502
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,502
- Reaction score
- 38,197
- Points
- 2,836
Jertih: Pemandu lori hampir putus tangan kanan selepas ditetak lelaki di Kampung Gertak Seratus di Kuala Besut, malam tadi
Azmi Wan Omar, 30, dari Kampung Pachakan dipercayai ditetak lelaki yang dikenalinya, kira-kira 11.30 malam
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, mangsa dipercayai ditetak dengan pedang ketika dalam tandas kedai runcit
Menurutnya, kejadian dipercayai berpunca daripada masalah perniagaan tetapi siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif
Katanya, pihaknya juga sedang mengesan seorang lelaki yang dikenali sebagai 'Pok Lan' atau 'Faizal Kambing' bagi membantu siasatan
Masuk kawasan perniagaan orang lain, penjual ais batu parah ditetak
BESUT - Gara-gara memasuki kawasan jualan pihak lain, seorang penjual ais kiub cedera parah apabila kedua-dua belah lengannya ditetak tujuh lelaki dengan pedang di Kampung Gertak Seratus, Kuala Besut di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Roni berkata, sebelum kejadian,
mangsa dikatakan ingin menjual ais kiubnya kepada seorang peniaga kedai runcit di situ pada pukul 11.28 malam.
Katanya, tidak lama kemudian datang tujuh lelaki dengan menaiki dua buah kereta lalu menyerang mangsa dengan menggunakan pedang menyebabkan mangsa berlari ke tandas kedai runcit itu untuk menyembunyikan diri.
"Suspek telah mengejar mangsa hingga ke dalam tandas dan telah menetak kedua-dua lengan mangsa hingga menyebabkan pergelangan tangan kanan mangsa hampir putus," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mohd. Zamri berkata, mangsa telah dikejarkan ke Klinik Kesihatan Kuala Besut namun dibawa ke Hospital Besut sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan untuk rawatan. - Bernama
Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.a...=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_06.htm#ixzz4IncT2Ves