BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tanam Kanta Dalam Mata

rayz

Legendary Member
gem
Messages
13,335
Joined
Jun 5, 2007
Messages
13,335
Reaction score
885
Points
171
1661831877146.png


RAMAI yang terpaksa memakai cermin mata atau kanta lekap apabila mengalami myopia (rabun jauh) atau hyperopia (rabun dekat).

Memakai cermin mata atau kanta lekap memang remeh kerana perlu penjagaan rapi selain mungkin tersilap letak.

Sebelum ini mereka yang ingin 'membuang' cermin mata atau kanta lekap mendapatkan rawatan LASIK yang sentiasa dikemas kini.

Tetapi bukan semua sesuai untuk mendapatkan rawatan LASIK seperti pesakit yang mengalami masalah penglihatan rabun jauh yang teruk atau mereka dengan kornea nipis.
Terkini satu teknologi baru bukan saja dapat 'membuang' cermin mata dan kanta lekap bahkan mampu meningkatkan daya penglihatan seperti televisyen berdefinisi tinggi penuh (Full HD).

Syarikat penjagaan mata, VISTA Eye Specialist (VISTA) memperkenalkan Visian Implantable Collamer Lens (ICL) V4c CentraFLOW yang lebih baik berbanding produk sebelumnya.

Dengan Visian ICL V4c pesakit boleh mendapat kualiti penglihatan lebih tajam, jelas dan terang dengan dimensi dan jarak lebih hebat atau lebih tepat Penglihatan Berdefinisi Tinggi.
Teknologi Visian ICL V4c CentraFLOW mempunyai bukaan yang telah dipatenkan KS-AquaPORT yang terletak di tengah kanta ICL bagi memastikan pengaliran cecair dalam mata lancar selain mengekalkan kestabilan tekanan dalam mata.

Ketua Pegawai Oftalmologi, Pakar Bedah Katarak dan Refraksi VISTA Eye Specialist, Dr. Aloysius Joseph Low berkata, sebelum ini, pakar bedah perlu melakukan pembedahan kecil YAG peripheral iridotomy dua minggu sebelum memasukkan implan ICL..

"Dalam prosedur berkenaan, dua bukaan kecil dibuat di bahagian tepi iris (bahagian mata berwarna) yang terletak di antara kanta semulajadi mata dan ruang depan mata," katanya.
Bukaan ini bertindak sebagai saluran semulajadi cecair antara dua kawasan mata tersebut untuk mengelakkan peningkatan tekanan intraocular di dalam mata.-Utusan



> ada duit semua boleh
 
bini aku ada buat tahun lepas, tapi dlm berita atas ni maybe yg lebih baru technology die
mata tak sesuai buat lasik so die tanam la kanta.
buat kali pertama kabur check balik tgk lari sikit, so betulkan balik baru ok.
malam kalau drive still kene pakai cermin yg low sikit power die
 
Perghhh.. Lgi mahal dri lasik..

Tp benda ni kena maintain ? Atau sekali seumur hidup ?

aku tanye hari tu die kata tak payah maintain.
cuma lepas buat smggu 2 kene jaga mata je dr kene air sbb mmg kabur.
pastu buat follow up beberapa kali nak tgk kabur tu berkurang tak and nak tgk kedudukan kanta tu lari ke tak.
lepas die betulkan kanta awal tahun sampai skarang da ok takde masalah.
 
macam operation katarak je
buang kanta lama (yg dah kabur sebab katarak)
ganti kanta palsu

lepas operation katarak..memang tak perlu pakai cermin mata
(Kanta palsu ganti kanta asli yg katarak tu ada power yg sesuai utk atasi rabun)

Tapi operation katarak murah sja


Yg ni munkin teknologi ICL ni baru + mahal.
 
Back
Top
Log in Register