BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Apple Tak Perlu 'Shuffle', Pengguna Percuma Spotify Kini Boleh Main Lagu Pilihan

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
Selepas melancarkan ciri penstriman audio lossless yang lama dinantikan untuk pelanggan berbayar, Spotify kini turut menambah baik pengalaman untuk pengguna percuma. Sebelum ini, jika pengguna percuma memilih lagu dalam album atau senarai main, aplikasi akan memutarkan lagu secara rawak. Ini menyebabkan pengguna terpaksa menekan butang skip (langkau) berulang kali untuk mendapatkan lagu yang diingini, ditambah pula dengan had hanya enam kali langkau bagi setiap jam untuk peranti mudah alih. Dengan kemas kini terbaru, pengguna percuma kini boleh mencari dan memainkan mana-mana lagu yang diingini, atau memainkan lagu yang dikongsi oleh rakan mahupun artis yang diikuti di media sosial.
1758105509130.png

Spotify memaklumkan bahawa ciri baharu ini sedang dilancarkan secara global untuk semua pengguna percuma. Walau bagaimanapun, ada syarat penting yang tidak disebut dalam pengumuman rasmi Spotify. Menurut laporan TechCrunch, Spotify menjelaskan bahawa pengguna percuma hanya akan diberikan "peruntukan masa on-demand". Setelah had harian itu habis digunakan sepenuhnya, pengguna akan kembali terikat dengan had langkau sedia ada. Setakat ini, Spotify tidak mendedahkan berapa lama tempoh masa tersebut.​
 
Terkini, Spotify juga telah mengemaskini penawaran pengguna percuma mereka untuk membenarkan mereka memainkan mana-mana lagu dalam senarai main tanpa perlu memainkan satu-persatu lagu lebih awal seperti sebelum ini. Pengguna percuma masih terhad kepada enam skip setiap jam, tetapi kini boleh memilih terus lagu yang mahu dimainkan.

Pengiklanan dalam aplikasi dan sebagainya juga masih lagi dimainkan sebelum dan selepas lagu, tetapi kini sekurang-kurangnya pengguna boleh terus memilih lagu yang mahu dimainkan dengan cepat dengan had yang ditetapkan.
 
Back
Top
Log in Register