Xploit Machine
CG Hardcore Club


- Messages
- 73,560
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 73,560
- Reaction score
- 7,740
- Points
- 916
Selepas melancarkan ciri penstriman audio lossless yang lama dinantikan untuk pelanggan berbayar, Spotify kini turut menambah baik pengalaman untuk pengguna percuma. Sebelum ini, jika pengguna percuma memilih lagu dalam album atau senarai main, aplikasi akan memutarkan lagu secara rawak. Ini menyebabkan pengguna terpaksa menekan butang skip (langkau) berulang kali untuk mendapatkan lagu yang diingini, ditambah pula dengan had hanya enam kali langkau bagi setiap jam untuk peranti mudah alih. Dengan kemas kini terbaru, pengguna percuma kini boleh mencari dan memainkan mana-mana lagu yang diingini, atau memainkan lagu yang dikongsi oleh rakan mahupun artis yang diikuti di media sosial.
Spotify memaklumkan bahawa ciri baharu ini sedang dilancarkan secara global untuk semua pengguna percuma. Walau bagaimanapun, ada syarat penting yang tidak disebut dalam pengumuman rasmi Spotify. Menurut laporan TechCrunch, Spotify menjelaskan bahawa pengguna percuma hanya akan diberikan "peruntukan masa on-demand". Setelah had harian itu habis digunakan sepenuhnya, pengguna akan kembali terikat dengan had langkau sedia ada. Setakat ini, Spotify tidak mendedahkan berapa lama tempoh masa tersebut.