BTC USD 75,649.4 Gold USD 4,329.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Spotify Kini Mempunyai 675 Juta Pengguna Aktif Bulanan

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
Spotify telah pun berkongsi penyata kewangan mereka untuk Q4 2024 dan ia memperlihatkan penambahbaikan yang sangat menarik. Spotify kini mempunyai lebih 675 juta pengguna aktif setiap bulan dan juga 263 juta pelanggan berbayar. Jumlah pendapatan kali ini adalah €4.2 bilion, 16% lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.

Kutipan-Spotify-2024-01.webp


Spotify turut berkongsi yang kejayaan baru ini turut kerana penawaran sehingga lebih 330,00 video di platform mereka. Selain turut kini membantu pencipta kandungan berkongsi karya mereka dan turut boleh menjana pendapatan. Sepanjang tahun 2024, Spotify telah membayar sebanyak lebih $10 bilion untuk industri muzik.

Kutipan-Spotify-2024-02.webp


Kemudian koleksi buku audio juga semakin bertambah dengan kini mencapai sehingga 350,000 buku. Pada masa yang sama, rangkuman tahunan Spotify Wrapped turut menerima jumlah pengguna yang meningkat sehingga 10%.

Tidak dinafikan yang Spotify masih lagi platform penstriman paling popular. Namun sayang sekali, dengan harga langganan semakin meningkat – pengguna di Malaysia tidak dapat menikmati banyak ciri lain. Sehingga hari ini DJ AI, buku audio dan video masih belum ditawarkan. Harapnya dengan jumlah pengguna semakin meningkat dan keuntungan semakin tinggi ini, Spotify akan berlaku adil kepada pengguna di Malaysia.​
 
kuliah agama tak byk kat spofity
harap penerbit kandungan agama banyakkan up kat spotify. bukan youtube je
 
spotify gold tu maksudnya premium ke? takde iklan?
 
Back
Top
Log in Register