BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Google Gmail Kini Mempunyai Tab Khas Memudahkan Langganan Emel Di Batalkan

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
Sebagai seorang wartawan saya melanggan beberapa perkhidmatan kemas kini berita mutakhir ke emel peribadi. Akibatnya setiap hari ratusan mesej membanjiri kotak emel dan memerlukan masa sejam setiap hari untuk memadamnya. Proses membatalkan langganan pula kerap kali amat melecehkan. Gmail telah dikemaskini hari ini dengan tab khas untuk memudahkan proses dilakukan.

Gmail-Message-Subscription-950x950.jpg.webp


Tab “Manage Subcription” kini boleh diakses menerusi menu sisi Gmail. Apabila ditekan, kesemua mesej yang diterima menerusi perkhidmatan langganan emel akan dipaparkan secara setempat. Jika merasakan anda tidak lagi memerlukannya, tekan sahaja ikon emel yang dipaparkan dan secara automatik langganan dibatalkan tanpa perlu menjalani beberapa langkah.

Ciri membatalkan langganan emel ini sudah boleh diakses menerusi Gmail versi web bermula hari ini. Ia akan tiba ke Android pula pada 14 Julai dan ke and iOS pada 21 Julai.​
 
Back
Top
Log in Register