BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Apple Signal Kini Mempunyai Pautan Khas Untuk Menyertai Panggilan Berkumpulan

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
WhatsApp, Instagram, Facebook Messenger, Signal dan banyak lagi platform pemesejan lain telah sedia menyokong panggilan berkumpulan. Ciri ini memudahkan orang ramai berkomunikasi dalam satu ruang tidak kira panggilan suara atau video. Terbaru khusus untuk pengguna Signal, menyertai panggilan berkumpulan telah menjadi lebih mudah.

Signal-panggilan-berkumpulan-01.webp


Signal akhirnya menyertakan ciri pautan khas untuk sesi panggilan berkumpulan. Pengguna hanya perlu cipta pautan ini dan kongsi, tidak lagi perlu jemput semua dalam ruang sembang berkumpulan. Satu pautan menyokong 50 peserta dan mereka yang mencipta pautan panggilan ini boleh mengawal siapa yang masuk, boleh menghalang akses dan turut boleh menggunakan pautan sama untuk sesi baharu.

Signal-panggilan-berkumpulan-02.webp


Signal turut mengemaskini ciri panggilan berkumpulan mereka untuk menjadi seakan perkhidmatan telesidang dengan ciri angkat tangan untuk mendapatkan perhatian peserta lain, memberi reaksi emoji atau juga mengawal akses kamera dan mikrofon. Kemas kini baharu Signal ini tersedia untuk semua platform seperti desktop, iOS dan Android.

Sumber asal https://signal.org/blog/call-links/
 
Back
Top
Log in Register