BTC USD 62,807.3 Gold USD 4,464.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tak bagi duit, jual televisyen

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KUALA TERENGGANU - Seorang anak tergamak menjual televisyen di rumahnya semata-mata ingin mendapatkan wang, dipercayai untuk membeli dadah selepas bengang permintaannya sebelum ini tidak dilayan ibunya.

Tidak cukup dengan itu, suspek, 27, turut bersikap biadab dengan mengacukan pisau ke arah mangsa, 49, apabila tidak mengendahkan keinginannya.

Kejadian berlaku di kediaman mereka di Kampung Pulau Duyong Kecil, Jumaat lalu.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, suspek yang menganggur meminta sejumlah wang daripada mangsa dengan alasan ingin membeli dadah.

“Mangsa tidak mengendahkan permintaan itu kerana sudah tidak larat melayan kerenahnya yang selalu meminta wang untuk membeli dadah.

“Bagaimanapun, ia membuatkan suspek naik angin sebelum bertindak mengacukan pisau ke arah mangsa dan melarikan televisyen di ruang tamu dipercayai hendak dijual bagi mendapatkan wang dikehendaki,” katanya, semalam.

Sumber berkata, walaupun tidak diapa-apakan, namun, mangsa nekad membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan dirinya dan ahli keluarga lain pada masa akan datang.

Pada masa sama, mangsa sudah tidak tahan menanggung derita kerana sebelum ini, suspek, seorang penagih dadah yang masih di bawah pengawasan selalu mengamuk dan memecahkan peralatan di dalam rumah setiap kali tidak memberi wang yang diminta.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi, semalam, mengesahkan ada menerima laporan kejadian dan menjelaskan suspek telah ditangkap beberapa jam selepas laporan diterima.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/tak-bagi-duit-jual-televisyen-beli-dadah-1.152630
 
ni slh org kmpng...aku penah keje area pulau duyung..geng2 ni memang suka mencuri dlm site aku..bila nk report polis, 1 kampng dtg nk serang kami..
 
meminta sejumlah wang daripada mangsa dengan alasan ingin membeli dadah.

"mak, nak duit nak beli dadah"

terus terang je..gila jujur
 
ni slh org kmpng...aku penah keje area pulau duyung..geng2 ni memang suka mencuri dlm site aku..bila nk report polis, 1 kampng dtg nk serang kami..

fuh... asabiyah tahap dewa dah ni...

kalo cam tu biar je mat dadah tu curi suma barang org kg tu...
 
duit tinggi gunung pun boleh abis kalau hari2 beli dadah.
 
fuh... asabiyah tahap dewa dah ni...

kalo cam tu biar je mat dadah tu curi suma barang org kg tu...

hehe..ntah la..ada 1 kes, security aku dpt tngkap 2 ekot mat gian duk curi besi dlm site aku, tp elok2 dia sound security aku - tngkap la, kat luar ada 4 buah motosikal tgh tggu....so, security aku terpaksa la lepas..da lepas, siap dorg ejek ramai2 plak ckp penakut la hape la....ada lg 1 kes, aku tgkap sorg org kmpng tu y keje dlm site aku mencuri besi.jd bos buang keje..bula je dia bawak geng tggu aku dpn gate site ramai2, baling batu kat kete aku..ada lg kesan calar kat kete aku..naik motor pun kena baling batu dgn paku...
 
kasi letak puok puok di kat dalam bertahun tahun. jgn bagi keluar.
 
hehe..ntah la..ada 1 kes, security aku dpt tngkap 2 ekot mat gian duk curi besi dlm site aku, tp elok2 dia sound security aku - tngkap la, kat luar ada 4 buah motosikal tgh tggu....so, security aku terpaksa la lepas..da lepas, siap dorg ejek ramai2 plak ckp penakut la hape la....ada lg 1 kes, aku tgkap sorg org kmpng tu y keje dlm site aku mencuri besi.jd bos buang keje..bula je dia bawak geng tggu aku dpn gate site ramai2, baling batu kat kete aku..ada lg kesan calar kat kete aku..naik motor pun kena baling batu dgn paku...

oo..tk hebat la ko:)):))
 
Back
Top
Log in Register