BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tahun Baharu Cina: Kenderaan Ke Kl Dijangka Meningkat Hampir Dua Kali Ganda

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
183ff83e90ae52e0d3a8fc98ca978439698f0a375a22e

af0e03b6798913e8777e9df655e31827698f0a53d063c

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus melakukan flag off pada pelancaran Op Selamat 25 sempena Tahun Baharu Cina Kontinjen Kuala Lumpur di sebuah pusat membeli belah terkemuka di Kuala Lumpur.

Polis menjangkakan jumlah kenderaan memasuki ibu negara meningkat hampir dua kali ganda bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina pada 17 Feb ini, susulan pertambahan pergerakan orang ramai untuk pulang ke kampung dan membeli-belah.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata berdasarkan data harian, lebih tiga juta kenderaan direkodkan memasuki Kuala Lumpur setiap hari dan jumlah itu dijangka meningkat ketara menjelang musim perayaan, khususnya di kawasan pusat bandar.

“Perkara ini merupakan cabaran kepada pihak polis. Kita telah mengenal pasti beberapa kawasan hotspot dan akan menggandakan kawalan keselamatan termasuk di lokasi tumpuan orang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Ops Selamat 25 bersempena dengan Tahun Baharu Cina di sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini, hari ini.

Fadil berkata bagi memastikan kelancaran trafik, pihaknya turut melaksanakan Ops Lancar bermula dari 11 hingga 22 Feb dengan menempatkan anggota di lokasi strategik serta menjalankan pemantauan berterusan di 15 lokasi black spot dan 30 hotspot.

Antara lokasi black spot yang dikenal pasti, katanya, ialah Jalan Kuching, Jalan Tun Razak, Jalan Sungai Besi, Jalan Damansara, Jalan Kepong dan Lebuhraya Sultan Iskandar.

Sementara itu, kawasan hotspot pula termasuklah Bulatan Segambut, Bulatan Kepong, Jalan Sultan Ismail, Jalan Bukit Bintang, Jalan Yap Kwan Seng, Bulatan Kampung Pandan dan Jalan Istana.

Black spot merujuk kepada kawasan yang kerap berlaku kemalangan atau mempunyai tahap risiko keselamatan jalan raya yang tinggi, manakala hotspot pula ialah lokasi tumpuan orang ramai dan kenderaan yang berpotensi menyebabkan kesesakan.

Sehubungan dengan itu, beliau menasihati pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan lalu lintas serta arahan penguat kuasa bagi memastikan aliran trafik berjalan lancar sepanjang tempoh perayaan.

 
Back
Top
Log in Register