BTC USD 85,614.6 Gold USD 4,163.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tahukah anda?

keracunan-makanan1.jpg


Keracunan makanan

Tahukah anda kebanyakan kes keracunan makanan bermula dari 2 – 6 jam selepas anda menikmati makanan tercemar. Namun begitu, ada juga yang mengambil masa sehingga berminggu-minggu sebelum nampak simptom keracunan makanan.
 
helmet7.jpg



Tali pinggang ketat

Tahukah anda tali pinggang yang diikat ketat boleh menggangggu sistem perkumuhan.
 
Tahukah anda bahawa memakai tuala wanita ultra melebihi 5 jam sehari boleh menyebabkan kanser?

Memakai tuala wanita ultra (yang selalunya nipis dan boleh menyerap darah haid dengan berkesan) mengundang bahaya dan risiko mendapat kanser pundi kencing dan kanser uterus jika ia dipakai melebihi 5 jam sehari tanpa ditukar-tukar. Ini kerana bahan kimia yang digunakan dalam pembuatan tuala wanita ultra ini berupaya menukarkan cecair (darah haid) menjadi gel. Jika tuala wanita ultra ini dipakai dalam tempoh yang terlalu lama, contohnya sekeping sehari, darah akan menjadi hijau dan fungus yang terbentuk itu akan memasuki uterus dan saluran lain yang berhampiran. Untuk lebih selamat, gunakanlah tuala wanita yang diperbuat daripada bahan kapas.
 
Ubat Kolesterol menyebabkan lelaki mandul

Tahukah anda bahawa ubat yang biasa diguna bagi menurunkan paras kolesterol dalam darah boleh menyebabkan seseorang lelaki itu mandul?

Hasil kajian makmal di Pusat Mone, Philadelphia, USA mendapati ubat bagi menurunkan paras kolesterol dalam darah tergolong dalam kelas ubat fibrates yang mampu menurunkan kandungan kolesterol, di samping menyebabkan sperma menjadi cacat, dan ini secara langsung menjadikan seseorang lelaki itu mandul.

Awas!!! Bahan kimia ini juga terdapat dalam racun rumpai yang biasa digunakan di ladang gandum dan jagung.
 
Kelebihan kulit kayu manis

Tahukah anda bahawa kulit kayu manis yang selalu digunakan dalam masakan kita mampu menurunkan tahap kandungan gula dalam darah dan membantu membetulkan serta memulihkan fungsi sistem endokrina seperti pengeluaran hormon insulin, secara semulajadi.

Oleh itu, penggunaan kulit kayu manis dalam masakan amat digalakkan terutamanya bagi pengidap kencing diabetes yang kronik.
 
Tahukah anda?

Maksimumkan khasiat air teh

Tahukah anda khasiat air teh mampu dimaksimumkan dengan mencampurkan jus lemon atau jus limau kerana jus sitrus ini mampu meningkatkan penyerapan antioksidan yang sedia ada di dalam air teh. Antioksidan ini perlu bagi melindungi badan daripada pelbagai jenis penyakit, kesan pencemaran dan melambatkan proses penuaan.
 
Tahukah anda?

Lembu terkecil di dunia

Tahukah anda bahawa Dexter cow Swallow ialah lembu terkecil di dunia dengan ketinggian cuma 33 inci (0.8 meter). Ia termasuk dalam 10 Rekod terbaik The New Guinness World’s Record 2011.

Lembu ini terdapat di Ladang Pike End di Utara Yorkshire, United Kingdom.
 
Tahukah anda?

Kupu-kupu terbesar di dunia

Tahukah anda bahawa kupu-kupu Atlas (Attacus atlas) ialah kupu-kupu terbesar di dunia. Kupu-kupu ini terdapat di hutan-hutan kawasan tropika dan sub-tropika, dari Asia Tenggara hingga ke Selatan China. Kupu-kupu ini biasa terdapat di Kepulauan Melayu, iaitu Thailand, Malaysia hingga ke Indonesia.

moth-combine.jpg
 
Tahukah anda…..

Khasiat kacang merah

Tahukah anda bahawa makan kacang merah sekurang-kurangnya 4 kali seminggu dipercayai dapat menurunkan risiko penyakit jantung sehingga 19%.

Sumber: MedikTV


kacangmerah.jpg
 
Tahukah anda?

Kupu-kupu terbesar di dunia

Tahukah anda bahawa kupu-kupu Atlas (Attacus atlas) ialah kupu-kupu terbesar di dunia. Kupu-kupu ini terdapat di hutan-hutan kawasan tropika dan sub-tropika, dari Asia Tenggara hingga ke Selatan China. Kupu-kupu ini biasa terdapat di Kepulauan Melayu, iaitu Thailand, Malaysia hingga ke Indonesia.

moth-combine.jpg

ni kupu2 nnt jap lagi ada orang nak datang
 
Back
Top
Log in Register