BTC USD 83,952.1 Gold USD 4,290.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tahap pendidikan tertinggi korang

korang belajar sampai mana


  • Total voters
    0
aku tgh cuti belajar, buat phd..

tahap pendidikan masing2 berbeza, tapi bukan ukuran untuk kita nilai seseorang..
sbg contoh, ramai je kawan aku programmer..kalau pandang dari sudut gaji, gaji diorg lagi tinggi drp Dr..
 
tahap pendidikan aku pemimpin kesayangan aku dah cakapkan... jadi tak perlu aku nak ulas... harap maklum...:D:)


5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.

6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.

:)cgrock:)paid
 
Lelaki genius kawal lalu lintas

pix_middle

BERRY di luar sekolah tempat dia bekerja.

LONDON: Seorang lelaki genius yang memiliki 11 ijazah universiti dan boleh bercakap lima bahasa dengan lancar, bekerja sebagai pengawal lalu lintas di sebuah sekolah.

Dr Bruce Berry adalah antara orang paling pintar di Britain.


Tetapi, selama lima hari seminggu, dia mengayuh basikal sejauh enam setengah kilometer untuk membantu kanak-kanak sekolah menyeberang jalan. Bruce, 70, yang memperoleh ijazah Doktor Falsafah dengan tesis 425 muka mengenai penulis kelahiran Russia, Andrei Makine, berkata: “Saya gemar berusaha mendapatkan ijazah. Tetapi saya ingin melakukan sesuatu untuk masyarakat. Saya seronok dapat membantu memastikan kanak-kanak selamat ketika pergi dan balik sekolah.” Selain PhD, Bruce mempunyai tiga Ijazah Sarjana Muda, tujuh Ijazah Sarjana dan lancar bercakap bahasa Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol dan Russia.

Berry yang masih bujang dan berasal dari Sharlston, West Yorks, mula bekerja sebagai kerani pejabat pos dan belajar ketika mempunyai waktu terluang sebelum menjadi penterjemah.


Bruce menerima gaji sebanyak RM1,000 sebulan untuk mengawal lalu lintas di luar Sekolah Crofton, Wakefield, tempat bapanya pernah mengajar.


“Saya merasakan diri saya sebahagian daripada keluarga di sana,” katanya. - DM
 
Graduan tertua terima ijazah

Graduan tertua terima ijazah

SYDNEY: Seorang pesara doktor gigi warga Australia berusia 97 tahun menerima ijazah sarjana Sains Klinikal semalam dan disifatkan Universiti Southern Cross sebagai graduan tertua di dunia.

Allan Stewart yang dilahirkan pada 7 Mac 1915 adalah pemegang gelaran graduan tertua Rekod Dunia Guinness selepas menamatkan pengajian ijazah sarjana undang-undang pada 2006 pada usia 91 tahun. Tidak dapat dipastikan sama ada ada individu lebih tua yang menjadi graduan sejak itu.


“Saya rasa saya boleh menggantung topi siswazah dan jubah akademik selepas ini - walaupun saya berkata demikian selepas mendapat ijazah terakhir dan kemudian saya rasa bosan,” kata Stewart dari Port Stephens di utara Sydney selepas majlis konvokesyennya.

“Saya punya banyak masa terluang kini dan saya suka pemikiran saya terus aktif,” katanya.


Sarjana Sains Klinikal itu adalah ijazah keempat datuk itu yang mula belajar di universiti pada 1930 dengan ijazah pergigian. Selepas karier yang panjang sebagai doktor gigi, di mana dia menjadi doktor bedah pergigian selepas menamatkan pengajian keduanya, Stewart memutuskan untuk belajar udang-undang pada usia 80-an bagi membantu fikirannya kekal aktif. - AFP
 
Dapat Ijazah Selepas 19 Tahun Belajar Di Universiti

Dapat-Ijazah-Selepas-19-Tahun-Belajar-Di-Universiti.jpg

New York – Seorang lelaki dari Yugoslavia, Gac Filipaj, 52 yang langsung tidak boleh berbahasa Inggeris ketika tiba di New York, akhirnya berjaya mendapat ijazah kepujian pengajian klasik daripada Universiti Colombia, selepas 19 tahun mengikuti pengajian di situ.

Universiti Colombia merupakan universiti keempat terbaik di Amerika Syarikat selepas Harvard, Princeton dan Yale.

Filipaj, yang bekerja sebagai penjaga stor di universiti berkenaan, telah berpindah ke Amerika Syarikat pada 1992 selepas tanah airnya berdepan perang saudara.

Pada mulanya, dia hanya mengikuti kelas bahasa Inggeris untuk memantapkan bahasanya.

Selepas tujuh tahun belajar, Filipaj akhirnya berjaya menguasai bahasa berkenaan dengan cemerlang.

Dia kemudiannya, mengambil kesempatan daripada polisi yang ditawarkan Universiti kepada kakitangannya untuk mengikuti pengajian di situ dengan yuran percuma.
Sejak itu, Filipaj belajar pada waktu siang manakala kerja hakikinya dilakukan pada waktu malam.

Setiap semester, dia hanya mendaftar di satu atau dua kelas sahaja.

Menurut Filipaj, kesukaran yang dialaminya ketika belajar, bukannya menyesuaikan diri dengan pelajar lain yang jauh lebih muda daripadanya, sebaliknya terpaksa mempelajari bahasa Greek purba, iaitu subjek yang paling sukar.

Bagaimanapun, Filipaj tidak sempat berkongsi kejayaan itu dengan bapanya yang telah meninggal dunia tiga minggu lalu.

“Bapa saya selalu menyatakan bahawa saya bukan cerdik, jadi dengan adanya ijazah ini, ia akan menukar pendiriannya itu,’’ katanya.

Filipaj kini bercadang untuk meneruskan pengajian sehingga ke peringkat PhD.

“Saya kini telah memenuhi sebahagian mimpi-mimpi saya iaitu pengajian di universiti,’’ katanya.
 
Back
Top
Log in Register