BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tadbir Urus Institusi Agama Akan Diperkukuh Berteraskan Integriti, Akauntabiliti - Zulkifli

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Tadbir Urus Institusi Agama Akan Diperkukuh Berteraskan Integriti, Akauntabiliti - Zulkifli​

f6ec09957568be095e9c58a8d005712269f484ee3d6b1

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hassan

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bertekad memperkukuh tadbir urus institusi agama berteraskan integriti, akauntabiliti dan kesejahteraan rakyat selaras dengan titah  Sultan Nazrin Shah agar negara Islam mengamalkan tadbir urus yang baik serta pembangunan inklusif.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata saranan tadbir urus dan pembangunan inklusif yang berasaskan prinsip “Everyone Matters” (setiap insan dihargai) itu bukan sahaja bertepatan dengan aspirasi Islam, malah sejajar dengan tuntutan Maqasid Syariah dan konsep karamah insaniah.

“Seruan Baginda agar negara Islam memperkukuh tadbir urus dan pembangunan inklusif berasaskan prinsip 'Everyone Matters' amat bertepatan dengan aspirasi Islam.

"Prinsip ini sejajar dengan tuntutan Maqasid Syariah dan karamah insaniah yang menuntut keadilan sosial, memelihara kemaslahatan ummah, serta menjamin kebajikan rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Sultan Nazrin pada Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam (WCIT) ke-8 bertitah bahawa perkhidmatan awam yang dilaksanakan demi kepentingan setiap rakyat tanpa mengira bangsa, agama atau fahaman politik mencerminkan perpaduan negara yang kukuh dan pemimpin yang memerintah dengan rendah hati, mendengar keluhan rakyat sebelum menggubal undang-undang.

Baginda turut bertitah pembangunan tidak boleh dijalankan secara berasingan kerana walau sebanyak manapun sumber yang dimiliki, sesebuah negara itu tidak boleh mengasingkan diri daripada dunia, kerana perdagangan, pelaburan, pertukaran ilmu pengetahuan dan teknologi bertindak sebagai arus yang membawa kepada kemakmuran.

Menghayati titah Sultan Nazrin berhubung tadbir urus yang baik menjadi prasyarat utama kemakmuran, Zulkifli berkata pihaknya bertekad memastikan pengurusan institusi serta belanjawan awam dilaksanakan atas dasar integriti, itqan (kesempurnaan kerja) dan akauntabiliti.

"Kuasa adalah amanah Allah yang wajib dipertanggungiawabkan dengan sikap rendah hati, mendengari keluhan rakyat, dan mengurus harta awam sebagai dokumen moral demi mengutamakan kesejahteraan ummah," katanya.

Zulkifli turut menyeru agensi agama dan umat Islam untuk mempraktikkan budaya kerja yang berhemah, memperkukuh perpaduan sosial, serta membuka ruang kerjasama dan perkongsian ilmu yang bermanfaat.

 
Back
Top
Log in Register