BTC USD 62,356.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tabung Wira Lahad Datu

cyber99

Fun Poster
Messages
827
Joined
Mar 5, 2011
Messages
827
Reaction score
97
Points
30
522586_574013289278133_447569313_n.jpg

Tabung Wira Lahad Datu Media Prima Bagi Menghargai Pengorbanan Wira-wira Negara Di Sabah

Media Prima Berhad ("Media Prima"), kumpulan media bersepadu sepenuhnya di Malaysia, telah melancarkan Tabung Wira Lahad Datu Media Prima berikutan peristiwa pencerobohan di Lahad Datu.

Tabung Wira Lahad Datu Media Prima ini ditubuhkan bertujuan bagi menghargai jasa anggota-anggota keselamatan yang telah terkorban atau tercedera ketika mempertahankan tanahair tercinta.

"Sebagai warga korporat yang prihatin terhadap pengorbanan anggota-anggota keselamatan yang tercedera atau gugur semasa mempertahankan kedaulatan negara daripada ancaman musuh yang menceroboh Lahad Datu, Semporna dan Kunak di Sabah, kami mengambil keputusan untuk mengaktifkan Tabung ini dengan kadar segera”, menurut Datuk Ahmad bin A. Talib, Pengarah Eksekutif, Operasi Berita dan Editorial, Media Prima Berhad.

“Kami berharap segala sumbangan yang disalurkan melalui Tabung ini akan dapat disampaikan kepada waris dan ahli keluarga anggota-anggota keselamatan yang tercedera dan yang terkorban semasa menjalankan tugas, bagi membantu meringankan beban keluarga mereka.

“Sehubungan itu, kami mengalu-alukan setiap sumbangan dari seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira kecil atau besar. Sudah tiba masanya untuk kita semua memberi sokongan terhadap wira-wira negara yang banyak berkorban demi mempertahankan maruah dan kedaulatan negara kita.”

“Pada masa yang sama Media Prima, melalui saluran televisyen, radio, akhbar dan media digital kami akan terus memainkan peranan dalam melaporkan berita tepat dan terkini kepada orang ramai berkenaan insiden yang berlaku ini,” tambah Datuk Ahmad.

Individu dan organisasi boleh menyalurkan sumbangan ke nombor akaun Maybank 5142-7133-9000 di bawah nama "Tabung Wira Lahad Datu Media Prima" melalui kaedah-kaedah berikut:

Maybank2u.com
Pemindahan dana melalui ATM dan “Phone Banking” KawanKu
Mesin Deposit Tunai
Mesin Deposit Cek
Kaunter-kaunter Maybank
Kirimkan cek di atas nama “Tabung Wira Lahad Datu Media Prima” ke:
Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan, Media Prima Berhad
Sri Pentas, No. 3 Persiaran Bandar Utama, Bandar Utama, 47800, Petaling, Selangor;

atau mana- mana pejabat Media Prima Berhad atau The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) di seluruh negara.

SUMBER: http://bit.ly/13H8cIR
 
Last edited:

Thanks for Info... :)cgrock
 
Thank for the info Pembuka Topik, saya komen sambil upkan semula Thread nie dengan harapan lagi ramai
rakan rakan dan Masta Masta CG akan menghulurkan sumbangan untuk tabung Wira nie...

Luqmanul Hakim @ CariGold.com
 
Back
Top
Log in Register