BTC USD 84,327.5 Gold USD 4,284.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tabung Haji

scalperzmania...

Active+ Member
gem
Messages
4,289
Joined
Sep 29, 2009
Messages
4,289
Reaction score
1,307
Points
101
Thread ini di wujudkan untuk perbincangan faedah dan kemudahan apa yang kita dapat jika kita menabung di Tabung Haji

Tabung Haji beroperasi berlandaskan tiga aktiviti utama iaitu:

TABUNGAN

Menyediakan perkhidmatan tabungan untuk umat Islam.
Kelebihan Pendeposit TH
Kelebihan menyimpan di Tabung Haji iaitu mengikut Syiar Islam; melaksanakan sistem kewangan Islam, Zakat; zakat perniagaan yang dibayar bagi pihak pendeposit, Halal; simpanan dilabur menepati tuntutan syarak, Bonus; memberikan bonus yang kompetitif kepada pendeposit, pengecualian cukai; bonus dikecualikan daripada cukai pendapatan, Dijamin; Simpanan dijamin oleh kerajaan dan Kekerapan pengeluaran; pengeluaran wang tanpa had.


Pelaburan
Pelaburan dana yang terkumpul dan pengawasan fungsi pelaburan.
PELABURAN
Bertepatan dengan objektif penubuhannya untuk memberi peluang kepada Umat Islam di Malaysia, melalui simpanan mereka, menceburi bidang pelaburan dan perniagaan negara,TH telah menyertai bidang-bidang pelaburan yang berpotensi dan meyakinkan yang merangkumi pelaburan saham jangka pendek dan jangka panjang dalam sektor-sektor ekonomi seperti perindustrian, perkhidmatan, peladangan serta pemilikan hartanah
Di dalam mengendalikan aktiviti pelaburan, pihak pengurusan TH sentiasa mengamalkan dasar pelaburan yang berhati-hati dan berhemat. Setiap aktiviti yang dijalankan oleh syarikat-syarikat yang terlibat akan sentiasa diawasi bagi memastikan ia halal dan menguntungkan dan berdaya maju.
TH juga melabur secara aktif dalam instrumen-instrumen pelaburan kewangan Islam seperti bon, nota korporat, sijil pelaburan kerajaan, akaun bank mudhaarabah dan "bill of acceptances".
Pelaburan dalam anak-anak syarikat merupakan strategi Tabung Haji bagi membolehkan ia terlibat secara langsung dalam sektor-sektor yang berpotensi dan berdaya maju. Pada masa ini, tumpuan pelaburan diberikan kepada sektor-sektor perladangan, pembinaan, pembangunan hartanah dan perkhidmatan.

Haji
Perkhidmatan haji tanah air dan di tanah suci.
PENDAFTARAN HAJI
Bagaimana Pendaftaran Haji Melalui Web di Laksanakan.
Pendaftaran haji (web) ini membenarkan anda membuat pendaftaran untuk menunaikan haji melalui TH tanpa perlu pergi ke pejabat TH. Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan membaca dan menerima syarat-syarat pendaftaran dan mengisi borang pendaftaran secara Online. Setiap pendaftaran haji (web) akan disemak oleh pihak TH bagi memastikan maklumat yang diterima adalah betul dan anda mempunyai wang simpanan yang cukup. Proses ini juga akan melibatkan anda dihubungi melalui telefon ataupun e-mel. Apabila pihak TH telah berpuas hati dengan maklumat yang diterima, pendaftaran sebenar akan dibuat dan no pendaftaran haji akan dimaklumkan kepada anda.
Siapa yang layak mendaftar.
Semua warganegara Malaysia yang beragama Islam dan mempunyai akaun simpanan di TH. Walaubagaimanapun kelayakan pendaftaran bergantung kepada baki amaun simpanan TH anda. Baki minima untuk memastikan pendaftaran anda diterima adalah RM 1300.00.

tagunghaji.jpg

:)paid:)paid:)paid:)cgrock
 
Ada ke track record bayaran % dividen tahunan dari LTH? Ini simpanan utk pelaburan akhirat..
 
bro aku pernah ada acc ngan TH ni .. tapi masa kecik aaa time sekolah dulu .. skang ni buku TH dah hilang .. rasa2 ada ke rekod aku lagi ek ? .. actually aku baru bukak acc bank islam .. pasal from bank islam .. boleh masukkan duit terus ke TH .. guna online .. bank rakyat pun ada .. tapi kena gi kaunter le ... baru je nak start menabung ke TH
 
Apa yang saya tahu:

Untuk daftar pergi haji, sekurang2 nya dalam akaun kena ada RM1300
tanpa dikacau. :)

Pendaftaran haji pada tahun ini, 2010... maka tarikh yang anda dijangka
pergi adalah pada 2028. Jadi, disarankan daftar awal... :)
 
Apa yang saya tahu:

Untuk daftar pergi haji, sekurang2 nya dalam akaun kena ada RM1300
tanpa dikacau. :)

Pendaftaran haji pada tahun ini, 2010... maka tarikh yang anda dijangka
pergi adalah pada 2028. Jadi, disarankan daftar awal... :)

RM1300 akan datang masa tahun 2028 akan cukup pergi/makan minum/penginapan balik haji ke bro ??
 
aku biasa depo TH guna cimb online jer, caj 0.50RM
 
RM1300 akan datang masa tahun 2028 akan cukup pergi/makan minum/penginapan balik haji ke bro ??

Bukan camtu..
RM1300 tue kiranya baki minima la kena
ada dalam akaun TH. Duit booking la tue.
Kalau guna kena daftar lain dan lagi lambat.

Sekarang pegi Haji pun dalam 15K rasanya.
 
Back
Top
Log in Register