BTC USD 85,851.0 Gold USD 4,315.67
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tabung Haji

salam,

Tabung HAJI :D ...idea Bernas dari PEMIKIR yang BERNAS hehehehe.....
 
Historical Tabung Haji Dividend Rate :)paid

Year Dividend Rate (%)
1998 8
1999 8
2000 5.5
2001 3.25
2002 3.5
2003 4.0
2004 4.3
2005 4.5
2006 4.75
2007 5 + 2 bonus
2008 5
2009 2.25 + final dividend

Sumber: 1-million-dollar-blog

Dividend tabung haji pun penah cecah 8% satu ketika....hebat
 
Kenapa Dividen TH Rendah?

Dividend tabung haji pun penah cecah 8% satu ketika....hebat

Sampai tahun 1999 je..selepas tu dividen begitu rendah sekali atas sebab ni..

05 Oktober, 2009 14:36 PM

Rayuan Dua Bekas Pengurus Tabung Haji Tangguh Hukuman Penjara Dibenarkan

PUTRAJAYA, 5 Okt (Bernama) -- Mahkamah Rayuan di sini Isnin membenarkan permohonan dua bekas pengurus kanan Tabung Haji untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara 10 tahun kerana menipu dan melakukan pecah amanah membabitkan wang Tabung Haji sebanyak RM200 juta lapan tahun lepas.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datin Paduka Zaleha Zahari, Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha juga membenarkan kedua-dua perayu itu supaya dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM500,000 setiap seorang sementara menunggu rayuan mereka didengar di mahkamah itu.

Datuk Mohd Amin Sidek, 57 dan Datuk Mohammad Shafie, 58, telah menjalani hukuman penjara itu mulai 25 Ogos lepas setelah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak rayuan dan permohonan mereka untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman berkenaan.

Dalam prosiding hari ini, Mahkamah Rayuan juga menolak permohonan Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin supaya wang jaminan terhadap Mohd Amin dan Mohammad dinaikkan daripada RM400,000 kepada RM1 juta setiap seorang.

Hakim Zaleha yang menolak permohonan itu berkata wang jaminan hanyalah bertujuan untuk memastikan kehadiran kedua-dua perayu ketika kes dibicarakan di mahkamah nanti.

"Rayuan kes ini akan ditetapkan pada satu tarikh yang lain dan akan didengar segera kerana adalah menjadi tugas mahkamah untuk menyelesaikan kes-kes jenayah secepat mungkin," katanya.

Pada 23 Jan 2007, Mohd Amin, bekas pengurus kanan kewangan Tabung Haji dan Mohammad, bekas pengurus kanan pelaburan Tabung Haji, didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap tuduhan bersama-sama menipu dua menteri dan melakukan pecah amanah membabitkan RM200 juta wang institusi itu.

Mereka dituduh bersama-sama menipu dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) ketika itu, Tan Sri Abdul Hamid Othman, dan Brig Jen (B) Datuk Abdul Hamid Zainal Abidin, di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya antara 29 Jun 2000 dan 27 Julai 2001.

Bagi tuduhan melakukan pecah amanah, mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Bangunan Tabung Haji, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, antara 14 Julai 2000 dan 11 Mei 2001.

Mohd Amin diwakili peguam Fairuz Jaffril manakala Mohammad diwakili peguam V. Rajadevan.

-- BERNAMA

p/s: Menyimpan di TH utk Naik Haji bukannya utk masadepan..:-?
 
penyangak matawang - gxxxxx xxxxs
penyangak tabung haji - ???
betul kata 2B4M, simpan TH untuk tujuan menunaikan haji, bukan untuk masa depan...
 
Apa yang saya tahu:

Untuk daftar pergi haji, sekurang2 nya dalam akaun kena ada RM1300
tanpa dikacau. :)

Pendaftaran haji pada tahun ini, 2010... maka tarikh yang anda dijangka
pergi adalah pada 2028. Jadi, disarankan daftar awal... :)

boleh potong q, tapi tunggu dah usia lanjut lah ru apply, kompem leh cepat dapat.. :D
 
penyangak matawang - gxxxxx xxxxs
penyangak tabung haji - ???
betul kata 2B4M, simpan TH untuk tujuan menunaikan haji, bukan untuk masa depan...

tabung haji ni sesuai gak wat simpanan biase..sebab dividen tahunan boleh dikatakan lebih tinggi berbanding bank biase untuk kategori simpanan biasa.so, masyuk gak la sikit kan.. :D
 
Historical Tabung Haji Dividend Rate :)paid

Year Dividend Rate (%)
1998 8
1999 8
2000 5.5
2001 3.25
2002 3.5
2003 4.0
2004 4.3
2005 4.5
2006 4.75
2007 5 + 2 bonus
2008 5
2009 2.25 + final dividend

Sumber: 1-million-dollar-blog

walaupun rendah dividen...bayaran zakat sudah dibuat jadi kita tak payah bayar zakat lg utk wang kat TH,katakan ASB 7.3% itu belum ditolak zakat simpanan 2.5%..lepas tolak zakat dapat 4.8%+bones 1.25%..betul ke ni tt kalau salah tolong betullakn.:D
 
walaupun rendah dividen...bayaran zakat sudah dibuat jadi kita tak payah bayar zakat lg utk wang kat TH,katakan ASB 7.3% itu belum ditolak zakat simpanan 2.5%..lepas tolak zakat dapat 4.8%+bones 1.25%..betul ke ni tt kalau salah tolong betullakn.:D

agreed bro pedagang cyber...
simpn dlm Th dah takyah pening2 nak gi bayar zakat...
simpan & buat diam jer smpi gi haji...
 
Back
Top
Log in Register