BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dividen Tabung Haji 2020/2021

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,485
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,485
Reaction score
1,681
Points
201
TH agih untung lebih baik untuk 2020

Mac 2, 2021 12:10 MYT

TH agih untung lebih baik untuk 2020


KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan agihan keuntungan yang lebih baik sebanyak 3.10% selepas zakat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 berbanding 3.05% pada tahun 2019, kepada kira-kira sembilan juta pendepositnya.

Agihan keuntungan bagi tahun 2020 melibatkan jumlah sebanyak RM2.24 bilion berbanding RM2.14 bilion pada tahun 2019.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, pihaknya bersyukur dengan prestasi kewangan TH pada 2020 yang kekal positif.

Ia meskipun persekitaran ekonomi negara dan dunia berada dalam keadaan tidak menentu sejak penghujung tahun 2019 akibat pandemik COVID-19.

"Alhamdulillah, pendeposit TH dapat menikmati keuntungan yang lebih baik bagi tahun 2020 walaupun berdepan ekonomi yang kurang baik tahun lepas.

"Sebagai institusi yang memegang amanah mengurus hampir RM77 bilion deposit umat Islam Malaysia, TH akan terus memastikan dana ini dilaburkan dengan selamat agar kekal mampan,” tambahnya.

Zulkifli berkata, jumlah deposit di TH mencecah RM76.7 bilion pada 26 Februari 2021.

Ia merupakan paras tertinggi dalam sejarah, sekali gus mencerminkan keyakinan pendeposit terhadap TH terus kekal utuh.


== astro awani
 
Boleh ler tu sbb tahun 2020 tahun mencabar covid bagai..harap tahun2 hadapan lbh baik..lgpun dah siap zakat..
 
TH | Agih Untung Lebih Baik Untuk 2020

Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan keuntungan lebih baik pada 3.1 peratus selepas zakat bagi tahun kewangan 2020 berbanding 3.05 peratus pada 2019, kepada lebih 9 juta pendepositnya.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 
Ooo.. 3.1%

Aku Baca 3.10% nmpk mcm banyak.. 😅

Ingat kena pindah duit th..

Beli dinar gold..

Kita Belum tentu leh gi haji ni..

Nanti dh boleh gi haji.. Kita up lain simpanan..
gold bar orang dah tak jual .. aku cari tak ada.. yg jual pun ikut harga lama...
 
Dinar ada lgi..
Beli dekat official store..

Dinar publicgold..
jika publicgold.. itu bukan dinar.. ini yuangold bro, dia tak ikut harga emas.. dia ikut harga emas+ riba bank bro
 
Back
Top
Log in Register