BTC USD 84,278.0 Gold USD 4,290.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tabung Haji

Bonus dijangka lebih tinggi

Dividend tabung haji pun penah cecah 8% satu ketika....hebat

Bonus dijangka lebih tinggi :)cgrock

Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH
[email protected]

Jamil Khir Baharom menyampaikan Sijil KPI /2010 kepada Ismee Ismail di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA 11 Jan. - Tabung Haji (TH) dijangka mengagihkan pembayaran bonus yang lebih tinggi kali ini setelah mencatatkan keuntungan tertinggi dalam sejarah penubuhannya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pengagihan bonus itu hasil keuntungan sebanyak RM1.5 bilion yang diperoleh agensi itu tahun lepas.

Menurutnya, pengumuman rasmi perkara tersebut akan diumumkan selewat-lewatnya hujung bulan ini.

"Keuntungan TH sebanyak RM1.5 bilion merupakan yang tertinggi dalam sejarah berbanding tahun-tahun sebelumnya.

"Kita sedang mencongak dan akan umumkan (bonus itu) tidak lewat hujung Januari ini kerana masih berbincang dengan pihak TH," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis perhimpunan agensi-agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Lembaga Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail berkata, mengikut rekod, TH telah mengagihkan dividen sebanyak lima peratus tahun lepas.

"Pada 2009, TH membayar sebanyak lima peratus dan untuk tahun ini kita akan umumkan nanti," katanya.

Tambahnya, bayaran dividen yang dibuat oleh TH juga mencatatkan prestasi yang memberangsangkan berbanding agihan dividen oleh perbankan Islam yang lain.

"Kita kena buat perbandingan antara dividen TH bayar serta akaun bank-bank perbankan Islam lain, perbezaan dari sudut itu kita mencatatkan jumlah yang memberangsangkan," katanya.
 
Bonus lebih tinggi

Historical Tabung Haji Dividend Rate :)paid

Year Dividend Rate (%)
1998 8
1999 8
2000 5.5
2001 3.25
2002 3.5
2003 4.0
2004 4.3
2005 4.5
2006 4.75
2007 5 + 2 bonus
2008 5
2009 2.25 + final dividend

Sumber: 1-million-dollar-blog

Bonus lebih tinggi
Oleh Azrina Ahzan
[email protected]
2011/01/12

Pencapaian Tabung Haji memberangsangkan 2010

PUTRAJAYA: Kira-kira 5.7 juta pendeposit Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) dijangka menikmati kadar bonus lebih tinggi bagi 2010 berbanding lima peratus pada 2009.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata pengumuman mengenai kadar bonus itu akan dibuat selewat-lewatnya akhir bulan ini.
“Berdasarkan kejayaan dan pencapaian yang dicatatkan Tabung Haji sepanjang tahun lalu yang didapati lebih baik berbanding tahun 2009, kita mengharapkan kadar bonus 2010 lebih tinggi berbanding lima peratus pada tahun sebelumnya.

“Bagaimanapun, semua bergantung kepada keputusan perbincangan antara semua pihak terbabit,” katanya selepas menghadiri majlis perhimpunan 13 agensi pengurusan hal-ehwal Islam di bawahnya dan majlis penyampaian amanat 2011 di sini, semalam.

Februari tahun lalu, Tabung Haji mengumumkan bonus bagi pendeposit lima peratus bagi 2009 membabitkan anggaran bayaran RM1.1 bilion kepada pemegang akaunnya.

Pendeposit Tabung Haji turut menikmati pembayaran bonus interim 2.25 peratus bagi separuh tahun pertama 2009 yang dibayar pada Oktober tahun sama.
Mengenai tempoh giliran menunaikan haji, Jamil Khir berkata, kajian sedang dijalankan bagi mengenal pasti jumlah pemohon layak menunaikan ibadah itu khususnya bagi mereka yang berusia 65 tahun dan ke atas.

Keutamaan diberi kepada pemohon berusia 75 tahun dan ke atas yang mempunyai cukup simpanan dalam akaun masing-masing.

“Kita juga mengkaji sama ada mereka yang berusia 65 tahun dan ke atas akan menikmati keistimewaan ini, memandangkan mereka mewakili kira-kira 20 peratus daripada jumlah keseluruhan pemohon," katanya.

Mengulas mengenai pindaan Akta Perihal Dagangan 1972, beliau berkata, ia akan dibentangkan pada sesi Parlimen Mac ini, selepas gagal berbuat demikian pada sesi Parlimen yang lalu.

Pada masa sama, Jamil Khir berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga dalam proses menggubal Akta Halal bagi memberi lebih kuasa kepada agensi itu menguatkuasakan penggunaan dan pengeluaran logo halal di negara ini.

"Proses pindaan terhadap Akta Perihal Dagangan 1972 (APD 1972) dan penggubalan Akta Halal berjalan serentak.

"Bagaimanapun, buat permulaan kita akan meminda APD 1972 terlebih dulu memandangkan proses penggubalan Akta Halal akan mengambil tempoh lama sebelum boleh dibentangkan ke Parlimen," katanya.
 
dengar kata TH beli saham AHB 300 juta unit..betoi ke?
 
saya da ada..bgs guna tabung haji...
 
aku sebok penuhkan asb.. nanti2 la isi tabung haji.. lagi satu pasal aku muda lagi.. solat pun ronggak lagi:-?:-?..

alasan je..
alasan sebenar.. malas nak g tabung haji..:">:">
 
aku sebok penuhkan asb.. nanti2 la isi tabung haji.. lagi satu pasal aku muda lagi.. solat pun ronggak lagi:-?:-?..

alasan je..
alasan sebenar.. malas nak g tabung haji..:">:">

bank islam & bank rakyat kan ada. kat situ pun boleh uruskan akaun tabung haji anda.

dan sebab dah link dgn ATM bank islam lah, transaksi menjadi lebih mudah & duit pun senang kluar. #:-S
 
selalunya TH byr deviden pd bulan brp?sape tahu...skrg dh akhir bln jan ni
 
selalunya TH byr deviden pd bulan brp?sape tahu...skrg dh akhir bln jan ni


aku dah konteks tabung haji katanya deviden belum masuk lagi..
mebi bulan feb...tunggu pengumuman dlm akhbar :)
 
terbaiklah,aku tertungu2 tahun ni brp % pulak..hrp2 berkat duit haji dpt untung byk...
 
Back
Top
Log in Register